Filem Terbaru iFlix Ini Dirakam Hanya Menggunakan Telefon Pintar Sahaja

Baru-baru ini, sempena meraikan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-63, Vivo telah bekerjasama dengan pengarah Netflix Malaysia iaitu Ho Yuhang untuk membuat filem bertemakan Merdeka bagi meraikan kepelbagaian di Malaysia.

Filem eksklusif ini bertajuk "Kita" dan apa yang menariknya tentang filem ini adalah ia dirakam sepenuhnya dengan peranti terbaru daripada Vivo iaitu Vivo X50 Pro. Ini merupakan pertama kali buat pengarah tersebut dalam membuat filem dengan menggunakan telefon pintar.

Ho Yuhang yang telah memenangi pelbagai anugerah sebelum ini telah mengarah drama bersiri di Netflix iaitu Ghost Bride. Drama yang mempunyai 6 episod itu ditayangkan di Netflix pada 23 Januari yang lepas.



Dengan adanya ciri-ciri menarik yang terdapat dalam Vivo X50 Pro digandingkan dengan pengarah dan barisan pelakon yang hebat pasti akan membuatkan penonton tartarik dengan kemampuan yang dimiliki peranti ini.