Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FedEx Guna EV Maxus Hantar Barang Dari Shah Alam Ke Changi

FedEx Guna EV Maxus Hantar Barang Dari Shah Alam Ke Changi

Diterbitkan Februari 28, 2024 oleh ariff bukhari

FedEx Express, anak syarikat FedEx Corp. dan salah satu syarikat pengangkutan ekspres terbesar di dunia, mengumumkan pelancaran percubaan penghantaran rentas sempadan pertama syarikat itu dari Malaysia ke Singapura menggunakan kenderaan elektrik (EV).

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada penerokaan berterusan FedEx untuk mengurangkan jejak karbonnya dan menggalakkan logistik yang mampan.

Perjalanan penghantaran itu akan dibuat oleh ‘Maxus eDeliver 7’ dari stesen FedEx di Shah Alam ke kemudahan FedEx di Lapangan Terbang Changi, Singapura yang meliputi jarak keseluruhan 406 kilometer.

Anggaran pengurangan pelepasan CO2 tailpipe untuk perjalanan percubaan ini adalah kira-kira 100 kilogram berbanding van berkuasa diesel.

Percubaan ini adalah sebagai penilaian awal keberkesanan operasi syarikat itu untuk operasi pengambilan dan penghantaran rentas sempadan pada masa hadapan.

FedEx berkata, percubaan ini penting dalam membentuk masa depan operasinya yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada alam sekitar, tetapi juga membantu meningkatkan kecekapan armadanya, sambil memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

Syarikat itu berusaha ke arah matlamatnya untuk mengubah keseluruhan armada pikap dan penghantaran globalnya kepada kenderaan elektrik untuk pelepasan sifar menjelang 2040 secara berperingkat.

Pada Mei 2023, FedEx menambah dua EV kepada kumpulan penghantarannya di Malaysia untuk operasi pengambilan bungkusan dan penghantaran di Lembah Klang.

Berkaitan

  • Biarkan Kereta Dicas Semalaman Di Rumah Bukanlah Cara Yang Betul - Kajian
  • Sasaran 10,000 Stesen Pengecas EV Beroperasi Menjelang 2025 Akan Diteliti Semula
  • Xiaomi Sasar 20 Juta Pelanggan Premium Untuk EV SU7

Sumber: FedEx

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY