Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Aplikasi Ramalan Cuaca Yang Dapat Bantu Anda Ketika Musim Hujan

Fasa Peralihan Monsun Akan Bermula Dan Berterusan Sehingga Mei 2023, Banjir Kilat Berpotensi Berlaku

Diterbitkan Mac 21, 2023 oleh ariff bukhari

Menerusi kenyataan medai yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi
Malaysia (MET Malaysia), jabatan itu memaklumkan bahawa Malaysia akan mengalami Fasa Peralihan Monsun yang dijangka akan bermula pada 23 Mac 2023.

Fasa itu akan berterusan sehingga pertengahan Mei 2023 yang sekaligus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2022/23 yang telah bermula sejak 7 November 2022 lalu.

MET Malaysia menyatakan, semasa fasa Peralihan Monsun berlaku, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

Keadaan cuaca ini berpotensi mengakibatkan berlakunya kejadian banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Sehubungan itu MET Malaysia menasihatkan orang ramai untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini berlangsung dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut.

Berkaitan

  • vivo V27 5G Akan Dilancarkan Pada 30 Mac Ini
  • CelcomDigi Fibre Diperkenal, Harga Bermula RM75/Sebulan
  • Bermula September, 5 Lebuh Raya Terima Kad Debit/Kredit Untuk Pembayaran

Sumber: met.gov.my

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY