Facebook Pula Tampil Dengan Ciri Live Location Untuk Messenger

Facebook harini mengumumkan cari baru yang ditampilkan oleh Facebook Messenger. Ianya seakan sama dengan kemaskini baru daripada oogle Maps, ciri yang membenarkan kenalan anda melihat kedudukan sebenar anda(live location), iaitu Live Location. Ciri baru ini hanya dibenarkan untuk satu jangka masa sahaja, kalau tak silap satu jam.

Maknanya anda dapat berkongsi lokasi sebenar bersama rakan di Facebook, group ataupun individu. Anda boleh menghentikan fungsi ini mengikut kehendak anda, malah terdapat juga kiraan masa (countdown) ciri ini akan akan ditutup buat tatapan kawan-kawan di Facebook. Yelah, kalau lokasi asyik on je, senang la kerja stalker.

Setelah anda berkongsikan lokasi sebenar, aplikasi tersebut akan terus memberitahu rakan anda tentang jarak perjalanan dan segala info seperti keadaan trafik dan sebagainya. Anda juga boleh berkongsikan lokasi statik jika tidak mahu berkongsikan kedudukan sebenar (live location). Kemaskini terbaru ini akan disebarkan dalam masa terdekat untuk kedua-dua peranti iOS dan Android.

Sumber