Facebook Mungkin Didenda RM 6.75 Bilion Akibat Pelanggaran Privasi Terbaru

Beberapa hari lepas dunia internet digemparkan oleh Facebook sekali lagi apabila pengasasnya, Mark Zuckerberg mengesahkan lebih 50 juta akaun Facebook berkemungkinan besar telah digodam.

Berikutan dengan masalah pelanggaran privasi pengguna itu, Facebook ini berdepan kemungkinan untuk didenda sehingga $1.63 billion(~RM 6.75 billion) oleh badan kawalan privasi Eropah. Perkara itu telah dilaporkan oleh laman Fortune, semalam(30 September).

Kredit : Buffalo News


PihakĀ Data Protection Commission (DPC) dari Ireland yang dilantik sebagai ketua kawalan privasi bagi Facebook menegaskan bahawa mereka mahu mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai perkara ini sebelum membuat sebarang keputusan.

Melihat kepada perkara ini, Facebook seharusnya membuat perubahan drastik kepada sistem keselamatan mereka dengan kadar segera, atau mereka akan menerima nasib yang sama seperti platform media sosial terdahulu seperti MySpace, Tagged dan Friendster yang kini semakin hilang dari radar.

 

Sumber