Facebook Giat Membangunkan Permainan Video










Rangkaian media sosial terbesar dunia
Facebook dikhabarkan aktif membangunkan permainan video baharu yang membolehkan
pemain berhubung dengan satu sama lain. Tidak banyak yang diketahui mengenai
projek ini kerana Facebook dilihat seperti ingin berahsia tentang permainan
itu. Facebook hanya mendedahkan 
permainan itu dibina untuk desktop dan komputer riba.









Pada tahun 2012, Facebook dengan kerjasama
Zynga telah berjaya menghasilkan beberapa permainan yang menjadi kegilaan
ramai. Ia merupakan servis yang sangat menguntungkan mereka. Sebut sahaja Word
With Friends ataupun Farmville, pasti ramai yang akan tersenyum. Mereka
menawarkan permainan tersebut secara percuma dan akan mengenakan bayaran kepada
pemain untuk ciri-ciri tambahan seperti menyelesaikan teka-teki atau membeli
traktor yang tidak ada dalam versi percuma. Menurut Zynga, 311 juta orang bermain
permainan mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali dan hampir kesemuanya
menerusi Facebook. Ini bermaksud, 1 daripada 3 orang pemegang akaun Facebook
yang bermain permainan itu.









Walaupunbegitu, beberapa tahun kebelakangan
ini orang ramai telah beralih arah kepada permainan yang disediakan untuk
telefon pintar dan tablet seperti Candy Crush dan juga yang terbaru, Pokemon
Go. Ramai berpendapat, Facebook sedang merancang untuk menarik perhatian ramai
kembali kepada permainan yang dimainkan didalam komputer.








Facebook memberitahu mereka menjalin kerjasama
dengan Unity Technologies, syarikat pembuat alatan yang membantu orang ramai
yang ingin mencipta permainan sendiri. Unity Technologies menjelaskan, pencipta
permainan yang membangunkan permainan menggunakan alatan dari Unity mempunyai
peluang meletakkan permainan itu di Facebook.