Kini, perkhidmatan mengecam lagu ini bukan saja dapat dijalankan melalui aplikasi di telefon saja namun juga tersedia di pelayar Chrome melalui 'extension' di Chrome Web Store.

Dengan 'extension' ini, anda boleh mengetahui judul mana-mana lagu yang sedang dimainkan pada tab pelayar hanya dengan membiarkan Shazam berjalan.

Ini bermakna, setelah anda klik untuk Shazam mengecam lagu, anda perlu membiarkannya berjalan selama beberapa saat dan tidak klik pada mana-mana tempat lain. Jika tidak, ia akan tertutup dan berhenti.
Selepas memberikan keputusan, ia akan berkongsi pautan lagu tersebut di Apple Music memandangankan Shazam kini telah dimiliki Apple. Namun, jika anda bukan pengguna Apple Music sekalipun, ia masih memberi manfaat.
Bukan saja untuk Google Chrome, mana-mana pelayar yang dikuasakan juga turut boleh menggunakannya seperti Edge, Brave, Vivaldi dan beberapa yang lain.
Namun, beberapa sumber seperti The Verge dan 9to5Google melaporkan 'extension' ini telah hilang dari Chrome Web Store selepas artikel berkenannya diterbitkan. Sesetengah di macOS dan ChromeOS juga mengalami masalah mengecam lagu.
Daripada percubaan kami sewaktu artikel ini ditulis, ia telah kembali di Chrome Web Store dan berfungsi jadi kami sendiri tidak pasti apakah punca masalah tersebut.
Baca juga:
- Google Keluarkan Amaran Kepada 2 Bilion Pengguna Chrome
- Fungsi Baharu Android 13, Hanya Sentuh Sahaja Untuk Pindah Media
- Ini Cara Nak Tahu Berapa Banyak Dah Habiskan Duit Di Shopee
Berkaitan
- Laluan Melaka-Sumatera Akan Dibina, Dijangka Ambil Masa 20 Tahun
- Lorong Khas Bas Mula Diuji Di Kuala Lumpur, Ini Senarai Laluan Terlibat
- OPPO Find X5 Pro Rasmi Di Malaysia, 8 Gen 1 Dengan Hasselblad Untuk RM4,999
- RedmiBook 15 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Promosi RM1,899
- Kerajaan Mahu Tubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber
- Ini 5 Perkara Yang Akan Dilakukan TNG Pada 2023 Berkenaan Isu 'Scam'
- Belum Cukup 6 Bulan Dilancar Ke Angkasa, Teleskop Terbesar Dunia Dilanggar Meteoroid
- POCO M5 Dan POCO M5s Dijual Di Malaysia Bermula RM649
- Shell Tambah Lagi 30 Stesen Minyak Boleh Isi Guna RFID Touch ‘N Go
- Ura-Ura Awal Kata iPhone 15 Hadir Dengan Sisi Seperti iPhone 5C Tapi Dengan Bahan Tahan Lasak