Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mengurangkan penggunaan RAM pada Pelayar Chrome

Google Keluarkan Amaran Kepada 2 Bilion Pengguna Chrome

Diterbitkan Januari 10, 2022 · Dikemas kini Januari 11, 2022 oleh ariff bukhari

Google telah mengeluarkan amaran kepada pengguna aplikasi pelayar Chrome selepas menemui sebanyak 37 kelemahan keselamatan pada pelayar tersebut.

Google turut mengklasifikasikan 10 daripada 37 kelemahan tersebut sebagai kelemahan keselamatan kritikal pada penggunanya.

Versi pelayar Google Chrome yang terjejas meliputi kesemua jenis sistem operasi termasuklah Linux, macOS, iOS dan Windows.

Google meminta pengguna Chrome yang dianggarkan berjumlah lebih daripada 2 bilion pengguna supaya lebih berhati-hati pada tahun ini selepas pelayar mereka itu merekodkan jumlah serangan penggodam yang tinggi sepanjang tahun 2021 lalu.

Walaupun Google telah melepaskan kemas kini bagi menangani isu kelemahan keselamatan pelayar mereka, tetapi ia tidak stabil pada semua versi Chrome.

Ia berikutan terdapat laporan pengguna yang melaporkan di laman  Google Chrome Community bahawa pelayar Chrome pada peranti mereka menjadi tidak stabil, tergantung dan langsung tidak boleh digunakan.

Dipercayai, ciri memori ‘Use-After-Free’ (UAF) serta Heap buffer overflow Chrome sekali lagi dieksploitasi penggodam.

Ekoran itu, pihak Google telah melepaskan versi Chrome 97 terbaru yang merupakan versi major pelayar tersebut kepada semua penggunanya.

Pengguna Chrome dinasihatkan supaya segera mengemas kini versi pelayar Chrome mereka kepada sekurang-kurang versi Chrome 97.0.4692.71.

Versi terbaru Chrome 97 dilepaskan Google secara berperingkat kepada semua penggunanya di seluruh dunia.

chrome baru

Sumber: Google Blog via Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY