Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV Volkswagen Ini Antara 6 Ciptaan Automotif Terbaik 2024 – TIME

EV Volkswagen Ini Antara 6 Ciptaan Automotif Terbaik 2024 – TIME

Diterbitkan Disember 6, 2024 · Dikemas kini Disember 6, 2024 oleh ariff bukhari

Menurut syarikat automotif terkemuka Jerman, Volkswagen, kebanyakkan kereta di jalan raya kelihatan marah.

“Banyak kereta di jalan raya hari ini kelihatan marah,” kata Mark Gillies, pengarah PR dan reputasi di Volkswagen AS.

Oleh sebab itulah, Volkswagen membangunkan kereta yang nampak lebih ceria dan mesra menerusi ID. Buzz.

ID. Buzz merupakan Minivan elektrik pertama yang dilancarkan di AS di mana reka bentuknya diinspirasikan daripada VW minibus terkenal yang asalnya diperkenalkan pada tahun 1950an dahulu.

Hasilnya, EV ini telah diiktiraf TIME sebagai salah satu daripada 6 ciptaan automotif terbaik 2024.

EV Volkswagen Ini Antara 6 Ciptaan Automotif Terbaik 2024 – TIME

Walaupun nostalgia jelas menjadi sebahagian daripada tarikannya, Gillies berpendapat bahawa kenderaan tujuh tempat duduk ini juga sangat praktikal.

“Anda mendapat ruang dalaman yang sama seperti SUV bersaiz penuh, tetapi ia 30 inci lebih pendek.”

Jarak roda yang panjang dan bateri berat di bawah lantai menjadikan minivan ini sangat stabil, dan bateri litium-ion dengan pengecasan pantas dapat dicas sehingga 80% dalam masa hanya 30 minit dengan kelajuan pengecasan maksimum.

EV ini juga mampu memecut dari 0 hingga 60 dalam 6 saat untuk varian pacuan semua roda 4MOTION®.

EV Volkswagen Ini Antara 6 Ciptaan Automotif Terbaik 2024 – TIME

Volkswagen ID. Buzz akan mula dijual di AS dengan 5 varian untuk dipilih pada musim luruh tahun ini dengan harga jualannya bermula USD59,995 (~RM264,697) bagi varian ID. Buzz Pro S.

Berkaitan

  • Dulu Antik Kini Elektrik, Volkswagen Menampilkan Van EV Terbaru
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • HONOR Magic7 Pro Bakal Tiba Di Malaysia Tak Lama Lagi Dengan Teknologi AI 'Deepfake Detection'

Sumber: TIME

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY