Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5g dnb

Ericsson Dan DNB Berjaya Guna VoNR, 5G Kekal Walau Ketika Panggilan

Posted on Jun 16, 2022

Ericsson dan Digital Nasional Bhd (DNB) berjaya menjalankan VonNR menggunakan rangkaian 5G buat pertama kalinya di Malaysia.

VoNR ialah singkatan pada voice over new radio. Ia merujuk pada teknologi yang membenarkan panggilan dibuat melalui 5G sementara peranti terus memuat turun dan menggunakan internet pada masa sama.

Tanpa VoNR, isyarat 5G akan ‘dilepaskan’ dan turun ke 4G apabila sesebuah panggilan dihubungkan.

Sebelum ini, ramai yang sudah terbiasa dengan VoLTE iaitu voice over LTE yang bermakna panggilan dilakukan terus menggunakan rangkaian 4G atau LTE tanpa diturunkan ke 3G.

VoWIFI pula ialah panggilan melalui Wi-Fi.

Ketua pegawai eksekutif DNB, Ken Tan berkata kejayaan demonstrasi VoNR membuktikan ia boleh menjadi kunci untuk pelaksanaan gabungan kelajuan 5G dengan audio berdefinisi tinggi.

Dalam kenyataan itu, Ericsson berkata ia menyediakan peluang pendapatan bagi syarikat telekomunikasi kerana manfaatnya pada pengguna.

lapor, The Edge.

Baca juga:

  • Kini Lebih 80 Peranti Sokong 5G Malaysia, DNB Terus Sediakan Fasiliti Uji Peranti
  • Celcom Akan Tepati Tarikh Akhir 30 Jun Sertai DNB – Axiata
  • Bill Gates: NTF Dan Kripto Adalah ‘Scam’ Yang Meriah Sebab Ada Orang ‘Tidak Cerdik’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress