Epson Dan Apple Berdepan Tindakan Undang-Undang Perancis

Syarikat gergasi Amerika Syarikat, Apple Inc. dan pembuat mesin pencetakan dari Jepun, Epson kini menghadapi tekanan undang-undang di Perancis atas dakwaan perancangan mereka menjadikan produk mereka 'usang' dengan sengaja.

Persatuan pengguna negara itu yang dipanggil Halte a l'Obsolescence Programmee berkata mereka telah memfailkan aduan terhadap Apple selepas syarikat Cupertino itu dengan sengaja memperlahankan prestasi iPhone mereka yang telah berusia lama.



Mereka menganggap tindakan tersebut adalah untuk meningkatkan jualan peranti iPhone baru mereka.

Dalam satu kes yang berlainan, pendakwa raya telah membuat siasatan terhadap Epson setelah didakwa menipu pelanggan dengan menukar katrij dakwat sebelum ianya habis digunakan.



Pelan 'usang' ini merupakan satu amalan perniagaan yang dikritik hebat oleh pengguna dimana pembuat atau pengeluar 'membina' tarikh luput bagi sesuatu produk mengakibatkan pengguna dipaksa menggantikan produk mereka dengan yang baru.

Ini merupakan berita gembira buat kumpulan atau persatuan pengguna kerana pihak berkuasa telah mengambil tindakan mahkamah bagi menghukum pengeluar-pengeluar yang tidak beretika.

Sumber