Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton x50

Enjin X50 Kini Boleh Dihidupkan Hanya Dengan Kawalan Dari Jam Pintar

Diterbitkan Februari 9, 2023 · Dikemas kini Februari 9, 2023 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada pemilik kereta Proton X50 kerana kini anda boleh menghidupkan enjin kereta anda itu hanya dengan menggunakan jam pintar.

Jam pintar yang dikenali sebagai X Watch itu dibangunkan oleh syarikat tempatan iaitu ACO Tech yang bertanggungjawab membangunkan sistem pengendalian infotainment dalam kenderaan, ATLAS.

Berdasarkan kepada laporan Lowyat.net, X Watch yang dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon itu juga menyokong model kenderaan Proton X70.

Malah jam pintar yang hanya berharga RM1,499 sahaja itu juga dikhabarkan diberikan secara percuma oleh beberapa penjual kepada pelanggan Proton yang membeli X50 melalui mereka.

Walaubagaimanapun dari semakan di stor Shopee, jam Proton X Watch ini juga ada dijual di sana.

Proton X Watch
Proton X Watch
Proton X Watch

 

Tetapi sebaiknya anda menguhubungi Pusat Servis Proton rasmi bagi mengetahui lebih lanjut tentang sokongan jam pintar ini untuk kenderaan Proton anda.

Berkaitan

  • Pemilik PROTON Bakal Nikmati Pengalaman Spotify Secara Percuma Dan Premium Semasa Memandu
  • Proton X50 Kini Terima ATLAS OS, Ekosistem Baharu Ganti GKUI
  • Xiaomi 13 Diperkenal Untuk Pasaran Global Pada 26 Februari Ini

Sumber: Lowyat.net

Beli Proton X Watch di Shopee.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY