Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
APK scam

Elak Ditipu, Semak Dahulu Akaun Bank Atau Nombor Telefon Dengan SEMAKMULE

Diterbitkan Julai 5, 2023 · Dikemas kini Julai 5, 2023 oleh ariff bukhari

Bagi mengelakkan pengguna tidak tertipu semasa membuat pemindahan wang kepada pihak ketiga yang tidak kenali seperti contoh pembelian atas talian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah mewujudkan laman sesawang khas yang dikenali sebagai ‘Semak Mule CCID’.

Kemudahan ini membantu orang ramai untuk membuat pengesahan akaun bank atau telefon berkenaan mempunyai ada rekod polis atau tidak.

Untuk menggunakan kemudahan ini, buka portal https://semakmule.rmp.gov.my/ atau anda juga boleh memuat turun dan memasang aplikasi ini di telefon pintar Android anda dari Google Play Store.

Semak MULE CCID

Di sini, anda dapat lihat dua kategori yang diberikan iaitu Akaun Bank dan Nombor Telefon.

Seterusnya pilih salah satu daripada kategori tersebut dan masukkan nombor akaun bank atau nombor telefon peniaga yang anda sedang berurus niaga itu.

Masukkan Captcha yang diberi dan klik pada bahagian “Semak Maklumat”.

Selepas itu akan dipaparkan maklumat nombor akaun bank atau nombor telefon tersebut sama ada ia pernah dilaporkan individu lain sebagai scammer atau tidak.

Semak MULE CCID

Portal ini adalah sebagai langkah awal yang anda boleh lakukan bagi mengelakkan diri daripada ditipu.

Sungguhpun begitu, PDRM menasihatkan kepada orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam pemindahan wang walaupun tiada sebarang tanda amaran terhadap nombor akaun bank dan nombor telefon yang telah disemak.

Ini kerana dikhuatiri akaun bank atau nombor telefon tersebut masih belum didaftarkan dalam JSJK PDRM.

Elak Ditipu, Semak Dahulu Akaun Bank Atau Nombor Telefon Dengan SEMAKMULE

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • 55% Pengguna Malaysia Tak Jadi 'Check Out' Sebab Kaedah Pembayaran - Laporan
  • Seorang Siswa Universiti Malaya Terpilih Ke Makmal Fizik Zarah Terbesar Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY