Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Serta Syarikat Telekomunikasi, Pos Dan Kurier Bersama Menghulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Elak Bantuan Lambat Sampai Masa Banjir, 4000 Unit CCTV Telah Dipasang Di Kuala Lumpur

Diterbitkan Mac 23, 2022 oleh Anis Maisarah

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memasang sebanyak 4000 unit kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Hal ini bertujuan untuk memantau lokasi-lokasi banjir di sekitar Kuala Lumpur agar bantuan dapat segera diberikan kepada mangsa-mangsa banjir.

DBKL turut menyatakan bahawa pihak mereka akan melakukan tindakan dengan serta merta untuk mengelakkan kejadian seperti 7 Mac 2022 berlaku lagi. Mereka dikatakan akan membersihkan dan menambah serta memperbesar semua saluran longkang, membina tembok penahan di kawasan rendah dan juga menguruskan trafik dengan bantuan agensi lain juga. Semua CCTV yang telah dipasang akan menumpukan kawasan ‘hotspot’ banjir.

Di samping itu, pihak DBKL turut merancang untuk memasang 1,000 unit lagi CCTV sehingga bulan Jun 2022 ini. Jadi, sebanyak 5,000 unit CCTV akan berada di sekitar Kuala Lumpur terutama di kawasan ‘hotspot’ banjir.

Dahulu, DBKL mengumumkan bakal memasang sebanyak 5,000 unit CCTV untuk menjejaki jenayah dan memantau lalu lintas. Dengan jumlah CCTV yang sama untuk memantau banjir, tiada siapa tahu jika CCTV yang dipasang ini adalah sama atau tidak dengan rancangan CCTV untuk pemantauan jenayah dan lalu lintas.

Sumber : Lowyat

Baca juga :

  • Kerja-Kerja Penyusunan Semula Frekuensi Siaran TV Digital myFreeview Di Kuala Rompin Dan Pulau Pangkor
  • Program Kembara Digital Malaysia Akan Diadakan Di Kuala Pilah Dari 23 Hingga 24 November Ini
  • eDrive – Aplikasi Dari DBKL Ini Bantu Anda Pantau Kesesakan Trafik Di Kuala Lumpur

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY