Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CCTV KLCCC

2000 Unit CCTV Akan Dipasang Di Kuala Lumpur Untuk Pantau Jenayah

Diterbitkan Oktober 18, 2021 oleh Amsyar Latif

Baru-baru ini, telah berlangsung majlis pelancaran Kuala Lumpur Command & Control Centre (KLCCC) yang mana disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim.

Melaluinya, mereka akan memasang sebanyak 5000 unit kamera litar tertutup (CCTV) di Kuala Lumpur menerusi dua fasa. Fasa pertama yang telah selesai dimana 3000 unit CCTV dipasang bagi tujuan pemantauan trafik, taman-taman dan pasar-pasar awam sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

2000 Unit CCTV Akan Dipasang Di Kuala Lumpur Untuk Pantau Jenayah

Manakala fasa kedua, 2000 unit CCTV lagi bakal dipasang untuk kegunaan PDRM bagi tujuan pemantauan jenayah.

Bukan itu sahaja, projek tersebut juga melibatkan pemasangan 140 unit VMS (vehicle monitoring system) jenis warna penuh, 42 unit butang kecemasan serta 78 unit pembesar suara di taman awam.

Dengan ini, CCTV itu juga dapat memantau perbuatan vandalisme yang sering berlaku di kawasan-kawasan taman awam.

Buat makluman, KLCCC terdahulu merupakan Integrated Transport Information System (ITIS) di bawah DBKL yang mana berperanan sebagai hab pengurusan lalu lintas.

Sumber: vibes, DBKL

Baca juga:

  • Pakej Remaja Dan Peranti Keluarga Malaysia Kini Boleh Dilanggan

  • Ada Unsur Perjudian Berkaitan Unknown Cash (UC) PUBG? Ini Jawapan Mufti

  • DNB: Kelajuan 5G Di Malaysia Sekurang-Kurangnya 100Mbps

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY