Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony wf-1000XM5

Sony WF-1000XM5 Mungkin Hadir Saiz Lebih Kompak, Cas Lebih Pantas

Diterbitkan Jun 12, 2023 · Dikemas kini Jun 13, 2023 oleh Firdaus

Siri XM5 adalah peranti audio terbaru daripada Sony yang sebelum ini memperkenalkan fon kepala Sony WH-1000XM5 pada tahun lepas.

Tahun ini, ramai berpendapat bahawa Sony akan memperkenalkan fon putik Sony WF-1000XM5 tidak lama lagi kepada kita.

Sony WF-1000XM5
Sony WF-1000XM5
Sony WF-1000XM4
Sony WF-1000XM4

Mengikut sumber, fon putik ini akan lebih ringan pada berat 5.9g berbanding 7.3g pada pendahulunya XM4. Oleh itu, peranti audio Sony itu juga dilaporkan hadir dalam saiz fizikal yang lebih kecil lagi.

Tetapi sayang sekali kerana Sony XM5 itu dikatakan tidak mempunyai peningkatan dari segi masa penggunaan – 24 jam sahaja seperti pendahulunya.

Walau bagaimanapun, Sony XM5 ini dikatakan mempunyai kemampuan pengecasan yang lebih baik, cekap, dan pantas. 3 minit di dalam bekasnya mampu memberikan masa penggunaan hingga 1 jam lamanya.

Selain itu, bekasnya juga dikatakan menggunakan port sambungan USB-C dan menyokong pengecasan wayarles Qi.

Berkaitan

  • MRANTI Lancarkan 5G Experience Centre, Jemput Pihak Berminat Guna Prasarananya
  • Xiaomi Malaysia Akan Umum Tentang Xiaomi 13 Ultra Pada 20 Jun 2023
  • Mendadak, Netflix AS Catat Peningkatan Pengguna Selepas Terhadkan Perkongsian Akaun
  • Promosi Pertengahan Tahun Asus, Diskaun Harga Hingga RM1,000
  • Asus Malaysia Bagi Formula Harga ROG Ally, Hasilnya RM3299

Jangkaan Harga Dan Masa Pelancaran.

Fon putik Sony WF-1000XM5 berkemungkinan besar akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini sekitar bulan Jun atau Julai depan dan dijangkakan hadir pada harga USD299 (~RM1379.00).

Sumber: GSMArena

Gambar utama: winfuture

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY