Namun, baru-baru ini timbul laporan mengenai pembangunan semula siri C&C yang dirancang oleh pembangun asalnya, Electronic Arts(EA). Menurut laporan terkini, perkara itu telah pun disahkan sendiri oleh EA. Malah, mereka juga memberi jaminan bahawa tiada sebarang transaksi mikro dikenakan pada permainan tersebut.
Buat masa sekarang, EA masih lagi belum mengumumkan permainan manakah yang akan dihasilkan semula. Namun, mereka mendakwa akan membawa permainan klasik dengan antaramuka dan kualiti grafik yang lebih baik, sesuai dengan teknologi terkini.
Penerbit permainan C&C 3, Jim Vessella juga mengesahkan bahawa permainan ini mungkin hanya akan diperkenalkan dua tahun dari sekarang. Beliau berkata demikian dalam kiriman balas bagi menjawab salah satu soalan di laman Reddit.
Berita ini pasti menggembirakan peminat siri berkenaan. Bagi saya, saya mengharapkan permainan yang bakal dihasilkan semula ialah Red Alert 2 : Yuri Revenge. Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan di ruang komen.
Sumber : Reddit PCGamer
Berkaitan
- Unboxing : Realme 5 Pro
- Lintas Langsung Dari MWC19, Redmi Note 7 Pro Dilancarkan, Kedai Razer, Mate 20 Pro Turun Harga
- Kini Viber Pula Memperlihatkan Ciri Seakan Snapchat Yang Dinamakan 'Secret Chat'
- Permainan Video Stardew Valley Kini Boleh Dipra-Daftar Di Google Play Store
- Huawei P30 Pro Akan Hadir Dengan Kamera Periskop 10x Zoom Optikal Seakan Oppo
- E-Dompet Touch 'N Go Jalin Kerjasama Dengan Easybook, Mudahkan Pembelian Tiket Bas
- WhatsApp Bakal Menampilkan Ciri 'PiP' Semasa Panggilan Video
- OPPO Reno Dikesan Miliki Kamera Periskop Dengan Rekaan Unik Dalam Satu Video
- Rockstar Games Beri Gambaran GTA 6 Atau Bully 2 Sedang Dibangunkan
- Anda Kini Boleh Mainkan Video Instagram dan Facebook Melalui Aplikasi Whatsapp