EA Games Mengesahkan Ketibaan Apex Legends Pada Android Dan iOS

Dunia permainan video digemparkan dengan pelancaran Apex Legends yang entah dari mana pada Februari lalu dan dengan cepatnya mendapat perhatian untuk menjadi pesaing terbesar seperti Fortnite dan PlayerUnknown's Battlegrounds.

Disebabkan populatiri permainan tersebut, EA telah memposisikannya sebagai francais utama untuk syarikat mereka dan akan membawa permainan tersebut ke platform mudah alih pada tahun fiskal 2021 (Oktober 2020 - September 2021). Setakat ini, tiada maklumat lain yang dikongsi berkenaan pengumuman tersebut selain dari pengkhabarannya ke platform mudah alih.

Kapsyen: mg src="https://thumbor.forbes.com/thumbor/960x0/https%3A%2F%2Fblogs-images.forbes.com%2Fdavidthier%2Ffiles%2F2019%2F03%2Fhttps___blogs-images.forbes.com_insertcoin_files_2019_03_apex-legends1.jpg" alt="Image result for apex legends" width="960" height="540"> Apex Legends


EA melihat permainan Apex Legends sebagai francais utama untuk jangka masa panjang. Selain platform mudah alih, mereka juga bercadang membawa permainan tersebut untuk PlayStation 5 dan juga Project Scarlet (Xbox) pada masa hadapan. Baru-baru ini, Apex Legends telah mencapai sebanyak 70 juta pemain di seluruh dunia dan ia merupakan pencapaian tertinggi EA untuk permainan itu.

Sumber: Dexerto

Berkaitan