Microsoft Bakal Lancar Xbox Dengan Grafik 8K Dan SSD Pada 2020

Menjelang acara Electronic Entertainment Expo (E3) yang bakal berlangsung, Microsoft mengambil kesempatan berkongsi maklumat lanjut mengenai Xbox generasi seterusnya yang bakal diperkenalkan pada tahun hadapan.

Dipanggil dengan nama kod Project Scarlett, ia dijanjikan dengan 4 kali lebih prestasi berbanding generasi sebelumnya dimana frame rates mampu mencapai 120fps, resolusi 8K serta ciri ray-tracing untuk kesan cahaya yang lebih baik untuk visual para pemain.

Selain dikuasakan dengan cip Navi 2 dari AMD, konsol ini juga bakal dibekalkan dengan RAM DDR6 berjalur lebar tinggi dan SSD bagi membolehkan akses lebih pantas. Pada pengumuman yang dibuat Microsoft, Ketua jenama Xbox, Phil Spencer menyatakan "Sebuah konsol perlu dibangunkan dan dioptimumkan untuk satu perkara dan satu perkara sahaja; permainan,".

https://www.youtube.com/watch?v=-ktN4bycj9s

Mengiringi pengumuman itu, Microsoft turut memberitahu bahawa Xbox terbabit akan dilancarkan bersama-sama permainan Halo Infinite. Informasi lain mengenai Project Scarlett ia dibayangkan dengan backward compatibility. Pengenalan Xbox Project Scarlett akan dilakukan pada 2020 kelak.