Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cara dapatkan durioo free

Durioo+ Kini Percuma? Ini Realiti Sebenar ‘Free’ Dan Pelan Berbayar

Diterbitkan Februari 26, 2026 · Dikemas kini Februari 26, 2026 oleh Aminuddin Ahmad

Durioo+ kini mula boleh ditonton percuma di mana anda boleh menonton tanpa perlu mendaftar akaun atau melanggan.

Namun, apakah aplikasi penstriman mesra kanak-kanak Muslim ini benar-benar percuma dan tiada lagi langganan disediakan?

durioo mina mila ramadan vip

Sebenarnya, Durioo+ bukanlah sepenuhnya percuma. Bahkan, ia masih menyediakan pakej langganan yang kini dikenali sebagai VIP.

Mereka cuma menambah satu lagi ‘tier’ iaitu ‘tier’ percuma yang terbuka untuk semua. Tetapi, ‘tier’ ini mempunyai had dari segi tontonan dan akses terhadap ciri parental control.

Free vs. VIP

Ringkasnya, tontonan percuma di Durioo+ terhad kepada konten tertentu dan anda akan dapati setiap saluran hanya menampilkan sekitar 3 episod penuh saja.

beza durioo free vip

Episod selebihnya pula hanya hadir dengan preview yang memerlukan anda untuk naik taraf ke VIP bagi versi penuh.

 durioo free sirah

Selain itu, ciri parental control seperti Daily Screen Limit, DuDeen, sekatan terhadap saluran dan lain-lain juga memerlukan langganan VIP.

Pakej langganan VIP

  • Bulanan – RM19.90
  • 3 bulan – RM49.90
  • Tahunan – RM159.00 (percuma Ramadan Mission Kit)

Kesemua ini adalah pelan yang diperbaharui automatik (auto-debit). Jika anda berminat untuk melanggan, klik SINI.

Peranti apa yang boleh tonton Durioo+?

Aplikasi daripada syarikat tempatan ini boleh dimuat turun di peranti Android, iOS, Google TV, Android TV, Apple TV, Roku, FireTV dan beberapa model Samsung terpilih.

Ia masih belum tersedia di TV jenama LG dan sebahagian besar TV Samsung namun kami difahamkan pihak Durioo+ sedang berusaha memasukkannya di sana.

Bagaimana nak tonton percuma?

Kedua-dua ‘tier’ iaitu tontonan percuma dan VIP boleh diakses melalui laman web yang sama (www.duriooplus.com) dan aplikasi yang sama (boleh dimuat turun di App Store dan Play Store).

Durioo+ kini mempunyai lebih 25,000 video termasuk animasi tempatan Upin Ipin, BoboiBoy, Mechamato dan animasi diterbitkan mereka sendiri seperti Sirah Nabawiyyah, Mina Mila, Little Ammar dan banyak lagi.

Berkaitan

  • Aplikasi MyKasih Akan Beralih Ke OTP E-mel Mulai 1 Januari 2026 - Ini Cara Tetapkan
  • Cara Tambah Akaun Kedua WhatsApp Di iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY