Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dua Soundbar Prism+ Masuk Ke Pasaran Malaysia Dengan Harga Permulaan RM799

Dua Soundbar Prism+ Masuk Ke Pasaran Malaysia Dengan Harga Permulaan RM799

Diterbitkan November 7, 2022 · Dikemas kini November 7, 2022 oleh Aziah Zulkifli

PRISM+ telah melancarkan bukan sekadar satu, tetapi dua jenis produk soundbar yang baharu digelar sebagai PRISM+ Symphony dan PRISM+ Flow Soundbars.

Ciri PRISM+ Symphony yang paling menyerlah adalah Dolby Atmos spatial audio yang memberi kualiti bunyi seolah-olah berada di panggung wayang. Manakala soundbar PRISM+ Flow menyokong Dolby Audio yang memberi pengalaman dinamik audio.

Prism+ symphony

Dolby Digital, Dolby Digital Plus, dan Dolby TrueHD telah disokong oleh Symphony dan akan memberi pengguna kualiti bunyi yang optimum walaupun menggunakan peranti yang tidak menyokong Dolby Atmos.

Berkaitan

  • Fokus Pada Yang Penting, Meta Mungkin Mula Memberhentikan Pekerja Berskala Besar
  • Dikatakan Tersilap Buang Pekerja, Twitter Panggil Semula Mereka Yang Dipecat
  • Apple Dilapor Menukarkan Arahan Suara Siri Daripada "Hey Siri" Ke "Siri" Sahaja
  • Diablo IV Dikhabarkan Bakal Dilancar Pada April 2023
  • Microsoft Rugi Hampir RM1,000 Untuk Setiap Konsol Xbox

Soundbar ini mempunyai penyambungan HDMI-eARC di mana kualiti bunyi dipertingkatkan tanpa sebarang jenis gangguan walaupun di kelantangan bunyi yang tertinggi.

Bagi pengguna yang mencari soundbar yang lebih murah tetapi masih berkualiti boleh memilih PRISM+ Flow. Ia merupakan pembesar suara 2.1 bersama output 240W yang dikuasakan Dolby Audio.

Ukuran bagi PRISM+ Flow ialah 890mm x 82mm x 58mm, sesuai untuk mana-mana ruangan kecil. Soundbar ini juga menyokong Dolby Digital dan Dolby Digital Plus.

Prism+ Flow

Kedua-dua soundbar ini dilengkapi dengan subwufer tanpa wayar. Ianya membantu pengguna untuk meletakkannya pada mana-mana kedudukan sekalipun.

Selain daripada itu, ianya mempunyai 5 mod pratetap untuk News, Music, Sport, Gaming dan Movie. Kedua-dua soundbar ini mempunyai kecerahan LED yang boleh diselaraskan dan boleh dinavigasikan melalui kawalan jauh TV.

The PRISM+ Flow dan PRISM+ Symphony masing-masih dijual pada tanda harga RM799 dan RM1399. Ia sudah pun tersedia untuk dipratempah dan penghantaran bermula pertengahan November 2022.

Sumber: Siaran Akhbar PRISM+

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY