Apple mengemaskini senarai produk vintaj dan usang mereka.
Menurut sumber dalaman yang diterima oleh laman MacRumors, Apple dikhabarkan akan memasukkan model iPad 2 ke dalam senarai produk vintaj dan usang mereka pada hujung bulan April ini.
Ini tidak mengejutkan kerana iPad 2 telah pun berusia lebih daripada 7 tahun. iPad 2 merupakan model iPad generasi ke 2 yang diperkenalkan pada 2 Mac 2011 oleh CEO Apple ketika itu, Steve Job.
Terdapat 2 model iPad 2 iaitu iPad 2 dengan sambungan Wi-Fi dan iPad 2 dengan sambungan Wi-Fi+3g.
Spesifikasinya pula adalah seperti dilengkapi dengan cip pemprosesan mikro Apple A5 (1GHz), RAM berkapasiti 512MB, menyokong iOS 4.3 hingga iOS 9.3.5 dan pilihan kapasiti storan 16GB, 32GB dan 64GB.
Apple telah menamatkan sepenuhnya pengeluaran iPad 2 ini pada bulan Mac 2012 bagi kesemua model iPad 2 dengan storan 32 dan 64GB.
Tetapi bagi model iPad 2 dengan storan 16GB, hanya pada Mac 2014 barulah Apple menamatkan pengeluarannya.
https://www.youtube.com/watch?v=wqY01giPM-k
Vintaj & Usang
Apple akan mengkategorikan produk mereka sebagai vintaj dan usang apabila produk itu sudah berusia lebih daripada 5 tahun dan kurang dari 7 tahun.
Pemilik iPhone, iPad, iPod, atau Mac masih boleh mendapatkan perkhidmatan dan alat-alat ganti dari Apple atau penyedia perkhidmatan Apple selama 5 tahun selepas sesebuah produk itu tidak lagi dikeluarkan — atau lebih jika diperlukan oleh undang-undang.
Produk-produk yang dikategorikan sebagai usang pula adalah produk yang telah diberhentikan lebih daripada 7 tahun.
Apple akan menghentikan semua pengeluaran perkakasan dan tawaran perkhidmatan bagi produk yang dikategorikan sebagai usang tanpa pengecualian.
Malah penyedia perkhidmatan seperti pusat-pusat servis sah Apple juga tidak boleh menempah alat-alat ganti bagi produk usang tersebut.
Untuk melihat senarai penuh produk-produk vintaj dan usang Apple, sila layari laman muka Apple Vintage and obsolete products. Kali terakhir mereka mengemaskini laman tersebut adalah pada 1 April lalu.
Berkaitan
- Pengguna EV Wajib Pasang Salah Satu Daripada 6 Aplikasi Ni
- Pengasas Firma Kriptowang Dipenjara 7 Tahun Kerana Menipu Lebih Daripada USD25 Juta
- Muat Turun Sekarang Kemas Kini Terbaru iOS, iPadOS, macOS, watchOS Dan tvOS
- Isu Liputan Telekomunikasi Di Kg. Ulu Entabuan, Tenom Berpunca Daripada Bentuk Muka Bumi
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 13.1.3 Dan iPadOS 13.1.3
- iPad mini Kini Dengan Capaian 5G
- Ciri Terbaru iOS 13 Ini Akan Dapat Mengelakkan Bateri iPhone Anda Daripada Cepat Rosak
- Muat Turun Lebih Daripada 70 Ribu Aset Gambar, Video Dan Imej Vector Secara Percuma Dari Adobe Stock
- Cara Sekat Pengguna Lain Daripada Mengakses Kandungan Dalam Storan Google Drive
- Harga Telefon Bimbit Dari Tahun 1984 Ini Kini Harganya Bersamaan Lebih Daripada RM40 Ribu