Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pelajar sarawak tempat kedua WRO Croatia

Dua Anak Sarawak Raih Tempat Kedua Dalam Pertandingan Robotik WRO 2026 Di Croatia

Diterbitkan Oktober 19, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 19, 2026 oleh Amalina Athman

Dua pelajar dari Sarawak, Matthew Cheong dan Timothy Cheong, meraih tempat kedua dalam kategori RoboMission Junior pada kejohanan World Robot Olympiad (WRO) 2026 Open Championship Europe di Zagreb, Croatia.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), kejohanan yang berlangsung dari 13 hingga 16 Oktober itu menghimpunkan lebih 220 pasukan dari 45 negara. Matthew dan Timothy, yang merupakan pelajar Borneo International School, mewakili Malaysia menerusi pasukan ‘Malaysia Boleh’.

World Robot Olympiad (WRO) 2026 Open Championship Europe_01
Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Pasukan berkenaan menerima latihan intensif daripada TESSLAB, sebuah pusat latihan robotik yang berpangkalan di Miri, meliputi reka bentuk robot, pengaturcaraan serta strategi pertandingan sebagai persediaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Penyertaan pasukan itu turut mendapat tajaan kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) serta Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC).

pelajar sarawak tempat kedua WRO Croatia_02

Sokongan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam membuka lebih banyak peluang kepada golongan muda untuk mengembangkan kemahiran dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Pada masa sama, kejayaan berkenaan memperkukuh aspirasi Sarawak untuk melahirkan generasi berkemahiran tinggi, inovatif dan berdaya saing seiring dengan usaha negeri itu untuk membangunkan ekonomi berteraskan teknologi serta inovasi.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • UNIMAS Kenal Pasti Dan Uji Penyelesaian AI Untuk Industri Di Sarawak
  • Sarawak Perkenal Keteq.GaN - Cip Kuasa GaN Pertama Direka Bentuk Tempatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY