Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil

Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil

Diterbitkan Oktober 19, 2026 · Dikemas kini Oktober 19, 2026 oleh ariff bukhari

Insiden kehilangan perkakasan komputer melibatkan dua palet kad grafik premium ZOTAC GeForce RTX 5090 yang dianggarkan bernilai sekitar AS$470,000 (~RM2 juta) telah berlaku di Brazil.

Kejadian tersebut dilaporkan terjadi apabila sebaik sahaja perkakasan bernilai tinggi itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos, São Paulo, Brazil.

Menurut pengedar tempatan, Oderço Matos, syarikatnya telah mengimport pelbagai produk teknologi sejak tahun 2008 dan ini merupakan kali pertama penghantaran mereka hilang tanpa sebarang penjelasan yang jelas.

ZOTAC GeForce RTX 5090
Model GPU ZOTAC GeForce RTX 5090 di Malaysia berharga sekitar RM14,000 hingga RM34,000.

Pihak syarikat dilaporkan telah berulang kali mendapatkan maklumat mengenai status kargo tersebut, namun masih tidak menerima jawapan memuaskan daripada pihak berkaitan.

Malah, timbul persoalan mengenai ketiadaan rakaman kamera keselamatan yang sepatutnya dapat mengesan pergerakan palet berkenaan di kawasan lapangan terbang.

Setakat ini, jumlah sebenar kad grafik yang terkandung dalam penghantaran tersebut tidak didedahkan.

Model RTX 5090 merupakan antara GPU paling berkuasa dan sukar diperoleh di pasaran ketika ini.

https://www.instagram.com/p/DekU56QjpYv/

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • AMD Perkenalkan Radeon™ RX 9050, GPU Bajet Berharga ~RM1,140
  • Penjual Di China Didakwa Beli Pukal GPU RTX 5090 Kemudian Jual Sebagai Workstation AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
  • Syarikat Infrastruktur AI Singapura Berhasrat Bangunkan Sehingga 500MW Kapasiti Pusat Data Baharu Di Malaysia
  • Tak Perlu Keluarkan Telefon, Jepun Uji Teknologi Baharu Untuk Naik Tren
©2026 WISER.MY