Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Predator

Dua Komputer Riba Gaming Acer Predator Baharu Dilancarkan

Diterbitkan Mei 27, 2021 oleh Amsyar Latif

Dua komputer riba gaming terbaharu Acer selamat dilancarkan, iaitu Predator Triton 500 SE dan juga Predator Helios 500. Masing-masing dijana cip berkuasa sehingga cip pemprosesan Intel Core i9 Gen-11 dan gandingan kad grafik NVIDIA RTX 3080.

Predator Triton 500 SE

Predator Triton 500 SE

Seperti diketahui, “SE” membawa maksudĀ special edition yang mana komputer riba ini direka bagi golongan gamer yang mahukan sebuah “mesin” yang mampu memberikan kepuasan apabila bermain.

Ia dilengkapi memori yang menyokong sehingga 64GB RAM 3200MHz DDR4 dan storan dalaman hingga 4TB SSD. Komputer riba setebal 19.9mm ini juga hadir dengan ketahanan bateri sehingga 12 jam penggunaan.

Baca juga – Acer Swift X Diumumkan, “Laptop” Nipis Tapi Berkuasa

Turut didatangkan paparan 16 inci dengan nisbah 16:10 dengan 3 pilihan panel – 165Hz WQXGA LCD, 165Hz WQXGA mini LED dengan kecerahan 1250 nits serta 100% sRGB atau 240Hz WQXGA IPS PolarBlack dengan gamut warna DCI-P3.

Selain itu, ia juga menampilkan 3 kipas Gen-5 AeroBlade untuk sistem penyejukan, Intel Killer WiFi 6 AC1650, USB-C yang menyokong DisplayPort, pembaca kad SD, 2x USB 3.2 dan beberapa mod gaming melalui PredatorSense.

Predator Helios 500

Screenshot 2021-05-27 at 11.52.05 PM

Komputer riba ini mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan Predator Triton 500 SE tetapi rekaannya terserlah ciri-ciri gamer. Ia mempunyai 64GB RAM dengan padanan PCIe NVMe SSD RAID 0 dan satu SATA HDD.

Skrinnya diberi pilihan dengan paparan bersaiz 17.3 inci 4K mini LED 120Hz yang dikuasakan teknologi AUO AmLED dimana ia hampir kepada VESA Display HDR 1000 atau AUO superfast FHD 360Hz.

Antara lainnya adalah papan kekunci RGB, Intel Killer WiFi 6 AX1650, 2 USB-C Thunderbolt 4, 3 USB 3.2 Gen2, satu HDMI 2.1, satu mini-DP 1.4 serta DTX:X Ultra audio.

Baca juga – Dua Laptop Gaming Baharu Acer Masuk Malaysia

Harga jualan bagi Predator Triton 500 SE adalah bermula USD1749.99 (~RM7250) buat pasaran Amerika Utara dan tersedia pada Julai ini.

Sementara Predator Helios 500 pula berharga bermula USD2499.99 (~RM10356) di Amerika Utara. Buat makluman, kesemua penawaran harga ini adalah mungkin berbeza sedikit apabila ia tiba di Malaysia kelak.

Sumber: Siaran Akhbar Acer

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY