Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Swift X

Acer Swift X Diumumkan, “Laptop” Nipis Tapi Berkuasa

Diterbitkan Mei 27, 2021 · Dikemas kini Mei 27, 2021 oleh Amsyar Latif

Acer baru sebentar tadi telah mengadakan acara next@acer yang mana telah mengumumkan sejumlah barisan komputer riba (laptop) baharu.

Antara yang diperkenalkan adalah komputer riba yang diminati ramai, iaitu Swift. Menerusi Acer Swift X, ia dikuasakan cip sehingga AMD Ryzen 7 5800U dengan padanan kad grafik laptop RTX 3050 Ti, RAM hingga 16GB dan storan sehingga 2TB SSD.

Baca juga – Acer Nitro 5 Baharu Tiba Di Malaysia, Ini Adalah Harga Rasmi

Apa yang penting adalah, ia masih mengekalkan rupa bentuk yang nipis serta ringan tetapi tidak mengorbankan prestasi.

Acer Swift X Diumumkan, “Laptop” Nipis Tapi Berkuasa

Ia turut dilengkapi paparan berukuran 14 inci beresolusi FHD menggunakan panel IPS, kecerahan 300 nits dan 100% sRGB. Bateri dibekalkan sebesar 59WHr yang menawarkan hingga 17 jam penggunaan dan penggunaan USB-C untuk pengecasan pantas.

Baca juga – Acer Perkenal Komputer Riba Skrin Boleh Putar 360 Darjah

Spesifikasi lain adalah pengimbas cap jari, teknologi Acer BlueLightShield untuk paparan dan WiFi 6.

Acer Swift X ini akan tersedia di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) serta China bermula Jun ini dengan tanda harga sekitar USD899.99 (~RM3730). Mungkin ia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Sumber: Siaran Akhbar Acer

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY