Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dua Jam Garmin Baharu Dilancarkan – Rekaan Lebih Minimalis, Harga Bermula RM840

Dua Jam Garmin Baharu Dilancarkan – Rekaan Lebih Minimalis, Harga Bermula RM840

Diterbitkan Februari 8, 2022 · Dikemas kini Februari 8, 2022 oleh Faiz Munir

Garmin merupakan antara jenama popular yang mengeluarkan jam tangan pintar. Hari ini, Garmin telah melancarkan 2 jam tangan pintar terbaharu mereka iaitu vivomove Sport dan juga Venu 2 Plus.

vivomove Sport direka seperti jam sebenar dengan rekaan jam analog sebenar namun masih mempunyai skrin sentuh. Dengan stail yang ringkas minimalis, jam ini masih boleh disambung pada Android atau iOS untuk menerima notifikasi media sosial, panggilan masuk dan mesej,

vivomove Sport ini juga boleh memaparkan pemantauan kesihatan, hidarasi dan beberapa fungsi lain dan bateri jam ini mampu bertahan sehingga 5 hari penggunaan.

Dua Jam Garmin Baharu Dilancarkan – Rekaan Lebih Minimalis, Harga Bermula RM840
Dua Jam Garmin Baharu Dilancarkan – Rekaan Lebih Minimalis, Harga Bermula RM840
Dua Jam Garmin Baharu Dilancarkan – Rekaan Lebih Minimalis, Harga Bermula RM840

Venu 2 Plus pula adalah versi yang lebih premium. Ia mempunyai lebih banyak fungsi tambahan seperti penjejakan tidur, pamantauan tenaga dan lain-lain.

Selain itu, fungsi baharu juga disertakan iaitu fungsi suara yang mana ia boleh menerima panggilan gunakan pembantu suara seperti Google Assistant atau Siri untuk menggunakan peranti ini.

Dengan menggunakan skrin jenis AMOLED,  bateri Venu 2 Plus ini boleh bertahan sehingga 9 hari penggunaan.

Dua Jam Garmin Baharu Dilancarkan – Rekaan Lebih Minimalis, Harga Bermula RM840
Dua Jam Garmin Baharu Dilancarkan – Rekaan Lebih Minimalis, Harga Bermula RM840
Dua Jam Garmin Baharu Dilancarkan – Rekaan Lebih Minimalis, Harga Bermula RM840

vivomove Sport ini didatangkan dengan 4 pilhan warna iaitu Cocoa, Cool Mint, Ivory dan Black. Untuk Venu 2 Plus pula terdapat 3 pilihan warna iaitu Graphite Black, Cream Gold dan Power Gray. Masing-masing dijual dengan harga RM840 dan RM2,099.

Jika berminat, anda boleh beli beli menerusi pautan di bawah:

Garmin vivomove Sport: Lazada/ Shopee/ AECO e-store

Garmin Venu 2 Plus: Lazada/ Shopee/ AECO e-store

Sumber: Siaran akhbar Garmin

Baca juga:

  • Resipi Yang Sama, POCO X4 5G Mungkin Redmi Note 11 Pro 5G Yang Dijenamakan Semula
  • Apple Dilapor Sedia Lancar iPhone 5G Bajet Pada Mac Depan
  • Siri Samsung Galaxy S22 Akan Diperbuat Dari Jala Ikan Yang Dikitar Semula

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY