Donald Trump Mahu Haramkan Aplikasi TikTok Di Amerika Syarikat

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini dilaporkan mahu mengharamkan aplikasi popular, TikTok dari negara tersebut. Langkah pengharaman itu dirancang adalah disebabkan kebimbangan ia dijadikan sebagai platform pengintipan China.

"As far as TikTok is concerned, we're banning them from the United States." petikan ucapan Trump kepada wartawan Air Force One.

Sebelum ini, telah kedengaran laporan Trump mahukan operasi TikTok di Amerika Syarikat dipisahkan dari syarikat induknya, ByteDance yang berpangkalan di Beijing, namun hari ini beliau mengumumkan pengharaman aplikasi perkongsian video pendek tersetbut.

Lanjutan daripada itu, TikTok dilihat berhadapan dengan kehilangan sejumlah besar pengguna akibat dari akibat pengharaman dibeberapa buah negara. Terdahulu, aplikasi TikTok telah diharamkan di India di mana ia merupakan negara yang mempunyai pengguna tertinggi.

Menerusi laporan AppAnnie, muat turun aplikasi berkenaan di India mencecah 190.6 juta dan berada dikedudukan kedua adalah Amerika Syarikat dengan 41 juta.

Sumber: NDTV