Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb digital nasional berhad 2

DNB Peroleh Kontrak Berjumlah RM7.8 Bilion, 3% Darinya Secara Rundingan Terus – Menteri

Diterbitkan Mac 28, 2023 · Dikemas kini Mac 28, 2023 oleh ariff bukhari

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil di dalam Dewan Rakyat hari ini memaklumkan, Digital Nasional Berhad (DNB) telah menandatangani kontrak dengan nilai keseluruhan RM7.8 bilion .

Ia menerusi 215 kontrak yang telah di tandatangani setakat bulan Disember 2022.

Daripada jumlah kontrak itu,  138 kontrak diperoleh secara bidaan kompetitif atau tender terhad bagi 97% daripada keseluruhan nilai kontrak.

Manakala  77 kontrak yang bernilai 3% daripada keseluruhan nilai kontrak pula telah dianugerahkan secara rundingan terus.

Berkenaan kontrak secara rundingan terus yang diperoleh DNB itu beliau menjelaskan, kebanyakan perolehan secara rundingan terus bagi 3% daripada keseluruhan nilai kontrak itu telah hanya dibuat pada tahun 2021, iaitu ketika DNB masih baru ditubuhkan dengan matlamat melaksanakan rangkaian 5G dalam jangka masa yang singkat.

Berkaitan

  • Cara Bayar Zakat Secara 'Online' Melalui MAE
  • Menteri Ekonomi Umum KitaJaga Ada Ciri Semakan Harga Barang Runcit, Seperti Price Catcher
  • Catat Penurunan Langganan, Keuntungan Astro Merosot

Sumber: RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY