Kementerian Ekonomi semalam mengumumkan ciri Cek Harga dalam aplikasi KitaJaga untuk memudahkan pengguna menyemak harga barang runcit harian mengikut kawasan.
Organisasi KitaJaga telah memanfaatkan data terbuka di laman web OpenDOSM yang dilancarkan beberapa bulan dahulu, kata Kementerian.
Anda mungkin terfikir, “Macam pernah dengar.”
KADAR INFLASI FEBRUARI 2023 KEKAL 3.7%; APLIKASI PENYEMAKAN HARGA KITAJAGA MEMBANTU RAKYAT BIJAK MEMBELI
1. Kadar inflasi Malaysia pada Februari 2023 kekal pada kadar 3.7%, seperti mana yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 24 Mac 2023. Kadar ini sama seperti yang… pic.twitter.com/5reH09dG0B
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) March 27, 2023
Sebanarnya KitaJaga dibangunkan oleh syarikat bernama TerratoTech sewaktu PKP dulu untuk kegunaan orang awam meminta bantuan dan menyalurkannya dengan konsep bendera putih. Ia diakses melalui pautan kitajaga.co.
{suggest}
Dalam kenyataan sama, Kementerian Ekonomi juga berkata mereka akan bekerjasama dengan pihak perniagaan e-dagang untuk mengembangkan potensi pemantauan harga.
Alhamdulillah, kami masih ada dan kami masih ingin membantu ✊
Kini https://t.co/TpPYU1ADPB berkolaborasi bersama dengan Kementerian Ekonomi dalam membangunkan aplikasi Cek Harga agar rakyat semakin peka dan mudah untuk menyemak dan membandingkan harga barangan. pic.twitter.com/AF9e3hXgRg
— kitajaga.co | kitajaga.eth (@kitajagaMY) March 27, 2023
KPDN dulu pernah melancarkan aplikasi sendiri iaitu Price Catcher yang juga mempunyai fungsi yang sama.
Oleh itu, saya sendiri agak keliru mengapa kerajaan tidak tambah baik saja aplikasi sendiri berbanding mempromosi aplikasi yang dibangunkan pihak ketiga.
Muncul pula dakwaan di media sosial mengatakan KitaJaga menggunakan data daripada data Price Catcher.
Baru nak tenang2 buat price alert harian dan bulanan untuk negara. Tiba2 dalam group kecoh Menteri Ekonomi lancarkan apps Kita Jaga? Omg data sebijik sebijan copy dari Price catcher??!! Gambar semua sama wehh. Ingat senang ke nak sediakan semua tu. So sad ??? pic.twitter.com/K0BATPDCDc
— Yaya??♀️ (@yayayiyiyiyuu) March 27, 2023
Bukan saja data, malah imej juga diambil daripada PriceCatcher, dakwa individu.
Price catcher apps kami. Ksu pun dah tanya pagi ni. Kita bagi dosm konon diorang nak buat research sekali dia letak kat open source and public boleh access ??♀️
— Yaya??♀️ (@yayayiyiyiyuu) March 28, 2023
Tambahnya lagi, pasukannya memberikan data pada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk tujuan penyelidikan namun kemudian diletakkan di sumber terbuka diakses percuma orang awam, dipercayai OpenDOSM.
Menurut Reza Razali iaitu pengasas Terato Tech pula mengesahkan bahawa data mereka diambil daripada sumber terbuka, OpenDOSM.
Salam, The data is available via @StatsMalaysia OpenDOSM data, sesiapa yang nak can access the data can do so.
We took an open data and used them.https://t.co/DaPGb4HDBC
— Reza Razali ????? (@rezarazali) March 28, 2023
Melalui percubaan saya, KitaJaga lebih senang digunakan dan mempunyai antara muka yang lebih kemas berbanding PriceCatcher.
Bercakap tentang platform semakan harga, satu aplikasi terkenal ialah Hargapedia. Jadi, mana satu pilihan anda?
Sumber: Rafizi Ramli, Yaya