Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dimensity 9200 Dilaporkan Atasi Semua Prestasi Cip Telefon Pintar Termasuklah A16 Bionic

Dimensity 9200 Dilaporkan Atasi Semua Prestasi Cip Telefon Pintar Termasuklah A16 Bionic

Diterbitkan Disember 19, 2022 · Dikemas kini Disember 19, 2022 oleh ariff bukhari

Laman Notebook Check melaporkan, berdasarkan kepada hasil ujian yang dibuat oleh Golden Reviewer, cip pemprosesan dari MediaTek yang dilancarkan lebih sebulan lalu iaitu Dimensity 9200 didakwa mengatasi semua prestasi cip pemprosesan telefon pintar yang ada ketika ini.

Ia termasuklah mengatasi prestasi cip pemprosesan dari Apple iaitu A16 Bionic yang menguasakan telefon pintar iPhone 14 Pro.

Notebook Check menyatakan, Dimensity 9200 berjaya mengatasi setiap SoC telefon pintar lain dalam senarai ujian 3DMark WildLife Extreme dengan menerima skor setinggi 3627 dan penggunaan kuasa purata sebanyak 8.2W.

Sebagai perbandingan, Apple A16 Bionic pada telefon iPhone 14 Pro pula mencatatkan skor sebanyak 3359 dan penggunaan kuasa sebanyak 7.6W.

Dimensity 9200 Dilaporkan Atasi Semua Prestasi Cip Telefon Pintar Termasuklah A16 Bionic
Dimensity 9200 Dilaporkan Atasi Semua Prestasi Cip Telefon Pintar Termasuklah A16 Bionic
Dimensity 9200 Dilaporkan Atasi Semua Prestasi Cip Telefon Pintar Termasuklah A16 Bionic

Setakat ini, antara telefon pintar terawal yang dikuasakan oleh Dimensity 9200 adalah Vivo X90 yang sudah pun dilancarkan di China pada bulan November 2022 lalu.

Berkaitan

  • Catat Skor Lebih 1.2 Juta Dalam Antutu, Dimensity 9200 Adalah Cip Android Paling Berkuasa
  • Siri Vivo X90 Dilancarkan Di China, Dikuasakan Cip MediaTek Dan Qualcomm
  • vivo X90 Mungkin Sedia Untuk Pasaran Antarabangsa Pada Januari 2023

Sumber: NotebookCheck

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY