Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Catat Skor Lebih 1.2 Juta Dalam Antutu, Dimensity 9200 Adalah Cip Android Paling Berkuasa

Catat Skor Lebih 1.2 Juta Dalam Antutu, Dimensity 9200 Adalah Cip Android Paling Berkuasa

Diterbitkan November 11, 2022 · Dikemas kini November 11, 2022 oleh Firdaus

8 November lepas, MediaTek telah melancarkan cip Dimensity 9200 yang merupakan siri flagship untuk peranti akan datang.

picture

Sedikit spesifikasi untuk cip ini, terdiri daripada teras super 3.05GHz Cortex-X3, 3 teras besar 2.85GHz Arm Cortex-A715 dan 4 teras kecil 1.8GHz Arm Cortex-A510.

Skor Lebih 1.2 Juta Mata Dalam Antutu Benchmark

picture

Dimensity 9200 telah mencatatkan skor sebanyak 1,264,995 dalam Antutu benchmark.

Skor tersebut adalah tertinggi sekali yang pernah dicatatkan dalam platform penilaian tersebut. Secara tidak langsung, mengalahkan semua peranti flagship Android yang lain.

Berkaitan

  • Dimensity 9200 Rasmi, Sokong RAM LPDDR5X Dan Storan UFS 4.0
  • Xiaomi Kekal Nombor Satu Di Malaysia Untuk 2 Suku Berturut-Turut
  • BigPay Beralih Ke Visa, Semua Kad Mastercard Akan Diganti Secara Automatik
  • realme 10 Sudah Rasmi Untuk Pasaran Global - Skrin Super AMOLED, Cip Helio G99
  • Gangguan LRT: Pampasan Akan Diberi Dalam Bentuk Pelanjutan Tempoh Sah Laku Pas

Selain prestasi CPU yang tertinggi, GPU Immortalis-G715 telah menunjukkan peningkantan yang besar berbanding sebelum ini.

picture

Dalam pengujian Manhattan 3.0, Dimensity 9200 mencatatkan penggunaan kuasa 41% jauh lebih rendah berbanding Dimensity 9000.

Peranti pertama yang dikuasakan Dimensity 9200 ini dijangka hadir pada awal tahun 2023. Berkemungkinan besar siri vivo X90 adalah antara yang terawal.

Sumber: IT Home

Gambar utama: Crash.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY