Digi Bekerjasama Dengan Allo (TNB) Bagi Memperluas Perkhidmatan Jalur Lebar

Digi baru-baru ini mengumumkan kerjasama mereka dengan Allo Technology Sdn Bhd iaitu anak syarikat Tenaga Nasional Berhad bagi memperluaskan rangkaian jalur lebar di Malaysia.

Menurut Digi, kerjasama ini akan memberikan lebih banyak pilihan buat rakyat Malaysia bagi menggunakan servis jalur lebar tersebut.

Digi akan menggunakan rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Allo's Layer (HSBB) merangkumi kira-kira 45,000 laman utama di kawasan terpilih di Melaka, Perak dan Cyberjaya.

Selain itu, Allo juga memperluas rangkaiannya untuk meliputi dalam negara dan diharapkan dapat mencakup lebih dari 155,000 isi rumah menjelang suku kedua 2021.

Tambahan lagi, menurut Rodzi Ahmad iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Allo, Maxis juga telah menjalin kerjasama dengan Allo dalam rangkaian jalur lebar di Malaysia pada bulan December tahun lepas.



Sebelum ini Digi juga telah mengumumkan kolaborasi dengan TM dan Time untuk memperluas internet jalur lebar mereka. Buat masa kini, Digi menawarkan pelan internet fiber melalui Digi Internet Freedom dimana kelajuan internet dari 100Mbps hingga 1Gbps dengan kuota internet tanpa had.