Digi Kerjasama Dengan TIME Bagi Memperluas Internet Jalur Lebar

Baru-baru ini, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah bekerjasama dengan TIME dotCom (TIME) bagi memperluas internet jalur lebar. Ia bertujuan bagi memberi akses dengan lebih baik kepada pengguna yang melanggan.

Dengan kerjasama ini, Digi akan memanfaatkan infrastruktur jalur lebar untuk memperluaskan tawaran Digi Home Broadband bagi pengguna yang tinggal di kondominium dan pangsapuri.

''Kerjasama dengan TIME memberi peluang kepada kami bagi mengembangkan jejak sambungan yang lebih banyak kepada pengguna untuk menikmati internet dengan lebih lancar'', kata Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Loh Keh Jiat.

digi collab time

"Akses infrastruktur TIME terbuka kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) yang ingin memanjangkan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) kepada rakyat Malaysia di seluruh negara, "kata Lee Guan Hong, Pengarah Eksekutif TIME.

Pada September 2019, Digi Home Fibre telah lancar di Sabah bagi khidmat jalur lebar selepas diperkenalkan di kawasan terpilih di Melaka dan Klang Valley. Penduduk di kawasan tersebut kini boleh menikmati internet dengan kelajuan tinggi.

Kerjasama ini selaras dengan seruan kerajaan untuk lebih banyak kerjasama dalam ekosistem, di mana ia akan memberi manfaat kepada pengguna dan perniagaan di negara ini. Dengan memanfaatkan infrastruktur yang sedia ada, kerjasama seperti ini membolehkan Digi memberi tumpuan kepada melancarkan  perkhidmatan dan meningkatkan akses di kawasan sasaran dengan lebih cepat.