Di Dalam Dunia Yang Dipenuhi AI, Apakah Peluang Pekerjaan Yang Ada Di Masa Depan

Emel pada harini boleh dijawab dengan pembantu digital, robot menggantikan tenaga manusia di perusahaan pembuatan memungkinkan peluang pekerjaan semakin terhad pada masa hadapan.

Mungkin AI tidak dapat lagi menggantikan sepenuhnya tugas manusia kerana teknologi yang ada masih terhad, tidak dapat dinafikan yang banyak peluang pekerjaan baru bakal terhasil daripada kemajuan teknologi yang kita capai.

Pelatih, penyelia dan pembantu robot

Manusia diperlukan untuk 'mengajar' robot-robot ini untuk melakukan tugas yang lebih kompleks. Pasaran tugas kecerdasan manusia seperti MTurk dan Crowdflower telah mengguna pakai model dimana manusia untuk melatih AI untuk mengenal pasti objek di dalam imej atau video. Syarikat AI seperti Lola contohnya menggunakan tenaga pakar bagi melatih AI untuk tugasan-tugasan kompleks.



BestMile, satu kenderaan tanpa pemandu digunakan memindahkan beg penumpang di lapangan terbang telah menintegrasikan seliaan manusia dalam rekaanya. Kenderaan itu akan berhenti jika ia mengesan halangan dan menunggu arahan daripada manusia untuk langkah seterusnya. Langkah itu dapat mempercepatkan teknologi AI untuk masuk ke pasaran dari menunggu teknologi seperti ini dapat bergerak sepenuhnya tanpa bantuan manusia.

Pengembaraan angkasa lepas



Apabila kita melihat cerita Interstellar arahan Cristopher Nolan, pasti kita perasaan mengenai TARS, sebuah robot yang membantu angkasawan dalam tugas-tugas dalam misi angkasa lepas. Dengan keadaan yang tidak menentu, robot boleh dihantar terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko bahaya kepada manusia. Dengan kemampuan mekanikal yang lebih besar daripada seorang manusia, pasti dapat memberikan bantuan yang diperlukan sekiranya perlu.

Pereka personaliti tiruan



AI dijangka akan lebih berinteraksi intim dengan manusia. Contoh terdekat yang hampir adalah Siri dan Google Assistant. AI direka bagi meniru perlakuan dan emosi sama seperti manusia agar tampak lebih 'hidup'.

Oleh itu, pereka sistem diperlukan bagi memenuhi kehendak setiap pelanggan mereka untuk AI masing-masing. Setiap syarikat pasti memerlukan wakil AI yang direka khusus bagi menepati kehendak pasaran mereka.