narzo 30 Dengan Cip Gaming Helio G95 Dilancar Minggu Depan

Selepas pelancaran narzo 30 Pro dan 30A Febuari lalu, telefon baru narzo 30 oleh realme akan dilancarkan tidak lama lagi.

Kapsyen: tangkap layar dari Marc Yeo Tech Review


Telefon pintar narzo 30 ini akan di kuasa cip Helio G95 untuk pengalaman permainan mudah alih lebih berkuasa dan efisien.

Selain itu, ia turut dilengkapi skrin LCD 6.5 inci Full HD+ dengan kadar penyegaran 90Hz beserta kapasiti bateri 5,000 mAh.

Untuk siri narzo 30A dan narzo 30 Pro yang lalu, ia mula dilancar di India. Kali ini, Malaysia akan menjadi negara pertama yang melancar narzo 30 secara global.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranti dan pelancaran rasmi narzo 30 yang akan disiar secara langsung pada 18 Mei 2021, layari Facebook dan Instagram realme Malaysia.

Sumber: siaran akhbar realme