Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

ByteDance Akui Ada Pekerja Akses Data Pengguna TikTok Secara Salah, Ini Punca Dan Apa Terjadi Selepasnya

Posted on Disember 27, 2022Disember 27, 2022

ByteDance iaitu syarikat induk TikTok telah mengakui bahawa beberapa kakitangannya dengan tidak sepatutnya telah mengakses data pengguna TikTok termasuk 2 orang jurnalis dan mereka sudah tidak lagi bekerja di sana.

Tujuan kakitangan itu mengakses data adalah untuk menyiasat punca kebocoran perbualan dalaman dan dokumen syarikat yang berlaku pada awal tahun ini.

Mereka mendapatkan akses alamat IP dan data lain 2 jurnalis tersebut. Bukan itu saja, malah beberapa akaun lain yang terhubung dengan akaun TikTok wartawan terbabit juga turut terlibat.

Selain itu, kakitangan juga cuba mendapatkan kesahihan apakah individu-individu yang membocorkan data ini turut melibatkan orang dalaman TikTok. Akan tetapi, TikTok berkata siasatan mendapati tiada kebocoran maklumat telah berlaku.

2 orang jurnalis tersebut ialah Cristina Criddle, wartawan Financial Times dan Emily Baker-White iaitu bekas wartawan BuzzFeed yang kini di Forbes.

ByteDance dilaporkan sudah memecat beberapa orang kakitangan terlibat; 2 orang di China dan 2 orang di Amerika Syarikat.

{suggest}

Selain itu, syarikat itu juga mereka sudah melakukan penstrukturan semula dan menghentikan akses daripada jabatan tersebut ke data AS.

Kejadian ini umpama mencurah minyak ke dalam api untuk TikTok kerana mereka sememangnya sedang ‘ditekan’ oleh kerajaan Biden atas isu keselamatan data pengguna.

Mengulas kejadian ini, Senator Marco Rubio berkata ia semakin jelas kerajaan AS perlu mengharamkan TikTok kerana platform itu membenarkan Parti Komunis China untuk menggunakan data rakyat AS yang menggunakan TikTok.

Dalam pada itu, Kongres pada minggu ini dikatakan akan meluluskan undang-undang yang mengharamkan kakitangan awam memuat turun mahupun menggunakan TikTok pada peranti kerajaan.

Menurut Reuters, badan keselamatan negara itu, Committee on Foreign Investment in the United States (CFIUS) sudah beberapa bulan cuba mencapai kata sepakat dengan ByteDance berkenaan kesalamatan data pengguna AS namun masih gagal sehingga sekarang.

Sumber: New York Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress