Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram reels

Demi Reels, Sepasang Suami Isteri Di India Dilaporkan Jual Bayi Mereka Untuk Beli iPhone 14

Diterbitkan Julai 27, 2023 oleh ariff bukhari

Sepasang suami isteri dilaporkan telah menjual bayi mereka yang berusia 8 bulan di daerah Parganas Utara 24 Bengal Barat kerana mahu membeli iPhone 14 untuk membuat video reels Instagram.

Ekoran itu, pihak polis daerah itu telah bertindak dengan menahan ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Sathi.

Menurut laporan, kejadian itu terbongkar selepas jiran pasangan itu menyedari tingkah laku pelik dan ketiadaan anak lelaki mereka yang berusia 8 bulan.

Mereka memerhatikan pasangan itu, yang mengalami masalah kewangan, tetapi tiba-tiba mampu memiliki iPhone dengan pada masa yang sama bayi mereka tidak lagi kelihatan bersama keluaraga tersebut.

Jadi jiran-jiran telah segera memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Selepas menerima maklumat, polis tiba di tempat kejadian dan menahan Sathi. Semasa disoal siasat, dia mengaku bahawa mereka menjual bayi mereka itu dan menggunakan wang itu untuk melancong ke pelbagai bahagian di Bengal Barat untuk mencipta reels Instagram.

Wanita yang membeli bayi itu juga dikenali sebagai Priyanka Gosh turut ditahan. Walaubagaimanapun, bapa bayi itu bernama Jaydev berjaya melarikan diri.

Polis telah melancarkan memburu bapa bayi tersebut. Siasatan lanjut berhubung kes itu masih sedang berjalan.

Berkaitan

  • 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai e-Tunai Rakyat
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • allo Mungkin Kurangkan Harga Langganan Pelan 100Mbps

Sumber: KalingaTV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY