Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-02-29T092432.143

Dell Precision 3680 Tower Dilancar, ‘Workstation’ Terpantas Dikuasakan Intel Core Gen-14

Diterbitkan Februari 29, 2024 · Dikemas kini Februari 29, 2024 oleh Muhd Idham

Selain daripada model komputer riba Precision, Dell Technologies turut melancarkan perkakasan komputer meja Workstation Precision 3680 Tower dengan spesifikasi terkini.

Komputer meja berkuasa ini dilengkapi dengan cip Intel Core i9 Gen 14 dengan sokongan maksimum 128GB RAM DDR5 dan 8TB storan.

Ia juga hadir dengan pelbagai pilihan kad grafik yang terdiri daripada Intel UHD Graphics, NVIDIA RTX dan AMD Radeon Pro serta menjalankan Windows 11 Pro dan 11 Home.

Precision 3680 Tower 5
Bahagian hadapan dekstop ini dilengkapi dengan empat slot USB 3.2 serta bahagian belakangnya mempunyai satu DisplayPort 1.4a, dua slot USB 3.2, satu slotUSB 2.0 dan satu slot HDMI 2.0.

Komputer meja ini sememangnya untuk mereka yang mahukan sebuah komputer yang betul-betul berkuasa.

“Pelanggan DaVinci Resolve bergantung pada kuasa kuda dan ciri-ciri dalam Stesen kerja Dell  untuk mencipta kandungan masa nyata dan berkualiti tinggi,”Dan May, Presiden Reka Bentuk Blackmagic. “Kami sangat teruja untuk melihat apa yang pelanggan boleh lakukan dengan Dell Precision 3680 yang baru.”

Komputer meja Dell Precision 3680 ini dijangkan tiba pada Mac 2024.

Berkaitan

  • Dell Lancar Barisan 'Laptop' AI Baharu, Akan Tersedia Pada Mac 2024
  • FedEx Guna EV Maxus Hantar Barang Dari Shah Alam Ke Changi
  • Muslim Pro Perkenal Ciri Baru Dan Kini Dikuasakan AI
  • PADU Nafi Dakwaan Pangkalan Data Digodam

Sumber: Siaran Media Dell

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY