Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dell logo.

Dell Umum Untuk Beralih Dari Pasaran Runcit Di Malaysia

Diterbitkan November 17, 2020 ยท Dikemas kini November 17, 2020 oleh Amsyar Latif

Baru-baru ini, terdapat khabar berita yang mungkin agak menyedihkan kerana Dell telah memutuskan untuk tidak lagi menjual produknya di semua peruncit di Malaysia.

Menurut laporan daripada Lowyat, keputusan ini diambil setelah melihat dan meninjau pasaran mereka di beberapa wilayah di seluruh negara.

Dell Umum Untuk Beralih Dari Pasaran Runcit Di Malaysia
Sumber: Lowyat.net

Tambahan lagi, ia bukan hanya memberi kesan buat peruncit tempatan tetapi juga kepada peruncit di Singapura.

Selain itu, Dell telah mengesahkan perkara ini kepada Lowyat bahawa mereka merancang untuk beralih dari pasaran runcit di Singapura dan Malaysia.

Dell Umum Untuk Beralih Dari Pasaran Runcit Di Malaysia
Sumber: Lowyat.net

Ini bermakna, anda tidak lagi akan melihat produk-produk Dell di kedai seperti Thunder Match atau mana-mana kedai menjual komputer.

Buat masa sekarang, hanya produk Dell yang lama sahaja masih ditawarkan di kedai-kedai peruncit dan produk baharu tidak lagi akan masuk.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Dell tidak menjual produk di Malaysia. Anda masih lagi dapat mengakses produk mereka menerusi laman rasmi Dell Malaysia.

Sumber: Lowyat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY