Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
S2722DC_lifestyle image 03

Dell Mengumumkan Monitor Mudah Alih Dan Model Siri S Terbaru

Diterbitkan Ogos 20, 2021 oleh ariff bukhari

Dell hari ini mengumumkan barisan model terbaru monitor komputer yang terdiri daripada Siri S dan monitor mudah alih pertama mereka.

Skrin mudah alih pertama Dell yang bersaiz 14 inci ini (C1422H) disambungkan menerusi sambungan USB-C.

C1422H_lifestyle laptop with monitor 02
Dell 14 Portable Monitor (C1422H)

Ia menggunakan teknologi panel In-Plane Switching (IPS) FHD (1920×1080) dengan kadar kecerahan sehingga 300 nits.

Hanya seberat 0.59kg sahaja sekaligus memudahkan pengguna meluaskan lagi paparan kerja bersama komputer anda walau di mana sahaja anda berada.

Moniotr Dell 14 inci mudah alih ini berharga RM2,899.00 dan akan berada di pasaran tempatan pada awal September 2021 nanti.

Bagi monitor Dell Siri S pula, Dell hadir dengan 2 model terbaru iaitu monitor persidangan video dan monitor berprestasi.

Untuk monitor persidangan video, ia hadir dalam 2 saiz iaitu Dell 24 inci (S2422HZ) dan 27 inci (S2722DZ).

Kedua-dua monitor Dell Siri S ini menggunakan panel IPS anti silau dengan kadar segar 75Hz, menggunakan sambungan USB-C dan menyokong ciri AMD FreeSync.

 

S2422HZ_front view 02
Dell 24 Video Conferencing Monitor (S2422HZ).
S2722DZ_front view 02
Dell 27 Video Conferencing Monitor (S2722DZ).

Monitor persidangan video Dell Siri S ini akan berada dipasaran tempatan pada pertengahan bulan Oktober tahun ini.

Manakala bagi monitor Dell Siri S berprestasi pula, ia hadir menerusi monitor USB-C 4K bersaiz 27 inci (S2722QC) dan versi biasa Dell 27 USB-C (S2722DC).

Kelebihan yang ada pada kedua-dua monitor Dell Siri S USB-C  27 inci ini adalah kemampuannya menyalurkan kuasa sehingga 65w sekaligus membolehkan anda memindahkan data sambil mengecas peranti.

S2722QC_ecosystem shot
Dell 27 4K UHD USB-C Monitor (S2722QC)


Monitor Dell Siri S USB-C 4K 27 inci (S2722QC) dan Dell 27 USB-C (S2722DC) ini masing-masing berharga RM3,039.00 dan RM 2,459.00.

Ia akan ditawarkan dipasaran tempatan pada penghujung Ogos ini.

Untuk info lanjut tentang spesifikasi barisan monitor terbaru dari Dell ini, sila layari laman rasmi Dell Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY