Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GSC (1)

Dek Kerana Air Mineral Dan Keropok, GSC Didenda RM45,000

Diterbitkan Jun 15, 2022 · Dikemas kini Jun 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Syarikat pawagam terkenal di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) didenda sebanyak RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di Melaka, lapor Utusan.

GSC didapati bersalah kerana mencatut harga air mineral Spritzer 600 ml dan keropok kentang Mister Potato 75g.

Mencatut membawa maksud mengambil keuntungan tinggi yang tidak munasabah.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata GSC didakwa melakukan kesalahan tersebut di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.

Tambah beliau, tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan ia merupakan kesalahan buat kali pertama dan dilakukan lebih kepada faktor teknikal serta kenaikan margin keuntungan dalam kadar yang sedikit.

GSC didapati bersalah selepas mahkamah meneliti keterangan daripada 3 saksi pendakwaan dan 4 saksi pembelaan serta hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Baca juga:

  • GSC Lebarkan Sayap Ke Arena Penstriman, Dinamakan GSCNow
  • Shopee Akan Buang Pekerja Asia Tenggara
  • Google Rehatkan Jurutera Selepas Beritahu AI Mereka Ada Perasaan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY