Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Insight Mars

Gagal Untuk Berkomunikasi Lagi, NASA Secara Rasmi Tamatkan Misi InSight Mars

Diterbitkan Disember 22, 2022 · Dikemas kini Disember 23, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Pada 15 Disember yang lepas, NASA telah menerima transmisi yang terakhir daripada pendarat InSight Mars.

Selepas dua kali percubaan yang gagal untuk menghubungi semula, NASA secara rasminya menamatkan misi InSight Mars.

Berkaitan

  • Saintis Berjaya Bangunkan Pemproses Yang Berjuta Kali Lebih Pantas Dari Otak Manusia
  • Boom Dah Ada Pembangun Enjin Jet Untuk Pesawat Komersil Terpantas Di Dunia
  • Oppo Tayang Telefon Pintar Generasi Baru, Diperbuat Dari Kaca Kesemuanya
  • Google Bangunkan Teknologi Khas Bagi Terjemah "Tulisan Doktor"
  • Kenali Apa Itu Antijirim Dan Kenapa Ia Terlalu Mahal

NASA menyatakan bahawa ini merupakan keputusan yang agak berat untuk mereka lakukan selepas kegagalan komunikasi sejak awal tahun ini.

Tetapi, mereka akan teruskan mendengar isyarat untuk bersedia jika terdapat transmisi yang baharu daripada robot tersebut. Namun, ia mungkin mustahil untuk menerima pada ketika ini.

Baru-baru ini, pendarat InSight Mars teah menghantar gambarnya yang terakhir beserta mesej yang menyedihkan untuk semua pembaca.

My power’s really low, so this may be the last image I can send. Don’t worry about me though: my time here has been both productive and serene. If I can keep talking to my mission team, I will – but I’ll be signing off here soon. Thanks for staying with me. pic.twitter.com/wkYKww15kQ

— NASA InSight (@NASAInSight) December 19, 2022

Sepanjang empat tahun perkhidmatannya di sebuah planet yang asing, InSight Mars telah mengumpul maklumat berguna mengenainya.

Saintis NASA dapat menyimpulkan bahawa teras Marikh mempunyai saiz lebih separuh daripada bumi.

InSight juga telah menghantar laporan cuaca harian kepada manusia dan buat pertama kalinya kita dapat mendengar “bunyi daripada Red Planet“.

Tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah tanda selamat tinggal untuk InSight Mars, namun legasinya akan terus hidup dan menginspirasikan.

Sumber: Engadget

Gambar Utama: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY