Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dakwaan Kebocoran Data Pengundi Adalah Tidak Benar – Hamzah

Dakwaan Kebocoran Data Pengundi Adalah Tidak Benar – Hamzah

Diterbitkan November 12, 2022 oleh Amalina Athman

Melalui laporan semalam, pangkalan data MySPR dengan lebih 800,000 pengguna didakwa telah dijual dalam talian.

Terbaru, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan dakwaan berlaku kebocoran data pengundi yang tersebar di media sosial itu adalah tidak benar kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya mengeluarkan maklumat nama dan nombor kad pengenalan sahaja.

Berkaitan

  • Pangkalan Data MySPR Dengan Lebih 800,000 Pengguna Didakwa Dijual Dalam Talian

Dinyatakan, berkemungkinan ada pihak yang cuba menipu bagi mencari keuntungan. Malah, sehingga kini pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum menerima sebarang laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Beliau memaklumkan, perkara itu akan disiasat jika terdapat laporan polis.

Terdahulu, tular di Twitter apabila seorang pengguna menyertakan tangkap layar dengan dakwaan pangkalan data yang dijual dalam laman penggodam mengandungi butiran seperti nama penuh, gambar kad pengenalan, alamat e-mel, nombor telefon, alamat penuh, gambar swafoto dan sebagainya.

Gambar utama: RTM

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY