Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Reno8 T 5G

Dapatkan OPPO Reno8 T 5G Secara Percuma Dengan Celcom Atau Serendah RM9 Dari Maxis

Diterbitkan Februari 21, 2023 oleh ariff bukhari

OPPO telah mengumumkan bahawa OPPO Reno8 T 5G kini sudah boleh didapati melalui syarikat telekomunikasi Celcom, Digi dan Maxis.

OPPO Reno8 T 5G yang dijual pada harga RM1,799 seunit kini boleh didapati pada harga yang lebih mampu milik menerusi pelan pascabayar yang ditawarkan oleh 3 syarikat telekomunikasi tersebut.

Menerusi pelan Celcom Mega, anda boleh memiliki Reno8 T 5G secara percuma dengan pelan Celcom MEGA 188.

Celcom mega OPPO Reno8 T 5G

Celcom_OPPO Reno8 T 5G

Menerusi pelan Digi PhoneFreedom 365 pula, anda boleh memiliki Reno8 T 5G ini pada harga RM30 sahaja sebulan.

OPPO Reno8 T 5G Digi PhoneFreedom 365

Digi_OPPO Reno8 T 5G

Atau anda boleh dapatkan Reno8 T 5G ini pada harga serendah RM9 sahaja sebulan menerusi pelan pascabayar Maxis Postpaid 188 Zerolution.

Maxis_OPPO Reno8 T 5G

Maxis Postpaid OPPO Reno8 T 5G

Info lanjut berkaitan penawaran OPPO Reno8 T 5G bersama 3 syarikat telekomunikasi ini boleh didapati di laman rasmi Celcom, Maxis dan Digi.

(Semua harga yang disenaraikan di atas merujuk kepada pembayaran untuk peranti sahaja. Tertakluk kepada terma & syarat)

OPPO Reno8 T 5G dikuasakan oleh cip Snapdragon 695 yang dipadankan dengan RAM sebesar 8GB dan storan 256GB.

RAM maya padanya boleh ditingkatkan sehingga 8GB, menjadikan keseluruhan RAM sebesar 16GB.

Skrin melengkung 3Dnya adalah jenis AMOLED bersaiz 6.7 inci dengan kadar segar 120Hz.

Ia dilengkapi dengan 3 kamera di belakang iaitu kamera utama 108MP, 2MP kedalaman, 2MP makro. Kamera hadapan pula adalah 32MP.

Dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4800mAh yang menyokong SuperVOOC 67W, ia dapat dipenuhkan hanya  dalam masa 44 minit sahaja.

Berkaitan

  • Awesome TV Akan Disiasat Di Bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 - MCMC
  • realme GT 3 Ditunjuk Mampu Penuh 100% Dalam Masa 9 Minit 37 Saat
  • "Bagaimana untuk menggodam kata laluan wifi?" Antara Carian Tertinggi Rakyat Malaysia Tahun 2022

Sumber: Media OPPO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY