Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
wifi (5)

“Bagaimana untuk menggodam kata laluan wifi?” Antara Carian Tertinggi Rakyat Malaysia Tahun 2022

Diterbitkan Februari 21, 2023 · Dikemas kini Februari 22, 2023 oleh ariff bukhari

Google dalam laporan enjin carian bagi tahun 2022 mendedahkan, carian untuk ‘pengurus kata laluan’ menyaksikan peningkatan sehingga 70% di Malaysia.

Sekaligus mencapai tahap tertinggi dalam tempoh 10 tahun ini. Pengguna di Malaysia juga mencari alatan berguna termasuk Penjana Kata Laluan Rawak, menjadikannya salah satu topik keselamatan yang teratas dengan peningkatan carian sehingga 60% pada tahun 2022 lalu.

“Bagaimana untuk menggodam kata laluan wifi?” Antara Carian Tertinggi Rakyat Malaysia Tahun 2022

Google berkata, keselamatan akaun kini semakin menjadi keutamaan orang ramai kerana banyak carian topik yang berkaitan dengan Pelanggaran Data dibuat pada 2022.

Google juga menyatakan, Malaysia merupakan antara 10 negara teratas di dunia yang mencari topik Pod Slurping dan Shoulder Surfing pada tahun lepas.

Berikut ialah carian arah aliran teratas berkaitan keselamatan siber di Malaysia untuk 2022:

  1. Latar belakang penggodam
  2. Apakah perisian hasad?
  3. Helah penggodam
  4. Antivirus terbaik
  5. Pelanggaran keselamatan
  6. Kuda Trojan
  7. Keselamatan siber
  8. Keterdedahan
  9. Serangan DDoS
  10. Bagaimana untuk menggodam kata laluan wifi?

Berkaitan

  • sooka Tayang Liga Super Malaysia, Piala FA, Sumbangsih Serendah RM4.90 Satu Perlawanan
  • Netflix Malaysia Turunkan Harga Pelan 'Basic' Ke RM28 Sebulan
  • Awesome TV Akan Disiasat Di Bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 - MCMC

Sumber: Media Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY