Dapatkan HUAWEI MateBook D15 Harga Lebih Murah Tapi Kena Cepat

Anda sedang mencari sebuah kompute riba? Ini mungkin masa yang sesuai untuk anda meletakkan HUAWEI MateBook D 15 dalam senarai anda. HUAWEI kini sedang memberikan promosi terhad dengan penjimatan sehingga RM300 jika anda membeli MateBook D 15 ini.

Komputer riba ini menawarkan skrin yang besar iaitu 15.6 inci jenis IPS. Bukan sekadar skrin besar, ia juga didatangkan dengan TÜV Rheinland Low Blue Light bagi mengurangkan cahaya biru dan ia mempunyai pengesahan Flicker-Free. Dengan ciri-ciri ini, anda boleh merasai pengalaman yang lebih menarik ketika menonton filem atau video.



Selain itu, MateBook D 15 ini juga mempunyai fungsi HUAWEI Share yang membenarkan anda untuk memindahkan fail, mirror screen dan interaksi yang lebih mudah dengan peranti Android anda. Tidak cukup dengan itu, ia juga mempunyai pengimbas cap jari yang membolehkan anda nyahkunci komputer riba ini dengan lebih mudah.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan i3 dan i5 generasi ke-10 dari Intel ini mungkin kompter riba yang anda cari. Ini adalah harga untuk kedua-dua varian MateBook D 15:

  • HUAWEI MateBook D15 10th Gen i3 (8+256GB) - RM2,399 RM2,099

  • HUAWEI MateBook D15 10 th Gen i5 (8+512GB) - RM2,999 RM2,799


Untuk setiap pembelian, anda juga akan mendapat beg penyimpanan komputer riba HUAWEI secara percuma. Promosi ini bermula dari hari ini hingga 31 Mac 2022. Jika berminat, anda boleh pergi ke mana-mana kedai rasmi HUAWEI atau beli secara atas talian dengan klik pautan ini.



Sumber: Siaran akhbar HUAWEI

Baca juga