Valve telah mengemaskini halaman produk Steam Deck bahawa sesetengah peranti tersebut akan menggunakan storan SSD yang lebih perlahan. Pada asalnya, Steam Deck mempunyai storan yang datang dengan 3 konfigurasi – storan 64GB eMMC dalam antara muka PCIe Gen2 x1 dan SSD NVMe 256/512GB melalui PCIe Gen3.
Semasa pelancarannya, Valve mengumumkan konfigurasi 256/512GB akan menggunakan PCIe Gen3 dengan lebar x4. Tetapi Valve telah menggantikan tetapan storan tersebut dengan lebar x2. Itu adalah separuh lebih perlahan daripada awalnya.
Mengikut HardwareLuxx, perubahan ini berlaku sekitar bulan Mei lalu. Walau bagaimanapun, perkara ini tidaklah menjadi bualan hangat sehinggalah berita kita boleh menukar storan SSD nya kepada yang lebih pantas tular.
Berikut merupakan kemas kini yang telah dibuat Valve dalam laman sesawang spesifiakasi Steam Deck:
“Sesetengah model dengan storan 256GB dan 512GB akan menggunakan SSD PCIe Gen 3 x2. Dalam ujian kami, tiada sebarang perubahan atau impak dalam prestasi permainan antara lebar x2 dan x4″ – Laman Sesawang Spesifikasi Steam Deck.
Berbanding lebar x4 seperti yang dinyatakan ketika pelancarannya, Valve memilih konfigurasi PCIe Gen3 x2 sahaja. Untuk pengetahuan anda, antara muka Gen3 x4 mampu memberikan daya pemprosesan sekitar 4GB/s, jadi lebar x2 hanya mampu menyokong setakat 2GB/s sahaja.
Walaupun angka 2 GB/s itu sudah cukup mampu untuk mengendalikan prestasi ‘gaming’ tetapi ia mampu mempengaruhi prestasi perisian lain yang memerlukan lebar jalur dan daya pemprosesan yang tinggi seperti Windows 11, CrystalDiskMark dan lain-lain.
Sumber: HardwareLuxx
Gambar utama: PC World