Peranti Steam Deck yang dikeluarkan Valve sebenarnya membolehkan anda untuk menaik taraf storannya kepada yang lebih besar tetapi itu dikatakan bakal mendatangkan risiko hayat peranti itu daripada bertahan lama.
Seorang modder di Twitter dengan nama Belly Jelly telah berjaya menggantikan SSD M.2 2230 yang sudah tersedia dalam Steam Deck dengan SSD M.2 2242.
The pcb appears to work fairly well for adapting a 2242 m2 to the steam deck, it doesn't collide with anything on the motherboard or put any extra strain on any cables. However, it does make the heat spreader bow a tiny bit. The back plate reassembled without issue. pic.twitter.com/4j4LVbS0NG
— Belly Jelly (@TheSmcelrea) June 21, 2022
Walau bagaimanapun, perkara itu membuatkan ‘heat spreader’ peranti itu tertunduk sedikit dan berubah daripada bentuk asalnya. Perkara ini telah menarik perhatian pihak Valve dan pada asalnya Valve tidak menggalakkan pengguna untuk menaik taraf komponen dalaman Steam Deck.
Hi, please don’t do this. The charger IC gets very hot and nearby thermal pads should not be moved. In addition, most 2242 m.2 drives draw more power and get hotter than what Deck is designed for. This mod may appear to work but will significantly shorten the life of your Deck. https://t.co/Kmup7Zov13
— Lawrence Yang (@lawrenceyang) June 25, 2022
Hal ini demikian, SSD NVMe M.2 2242 yang dipasang oleh Belly itu menggunakan kuasa yang lebih tinggi berbanding M.2 2230 yang tersedia. Oleh itu, ia akan menghasilkan haba yang lebih tinggi berbanding apa yang direka untuk Steam Deck ini.
Justeru, ini akan memendekkan jangka hayat peranti Steam Deck pengguna jika naik taraf storan SSD ini dilakukan. Menariknya, modder asal turut membalas ciapan daripada Pereka Antara Muka Pengguna Valve, Lawrence Yang.
Might as well respond to this, I absolutely agree with this guy.
Mod at your own risk!
I am taking risks by opening the device and working on it, and it is mostly just as a proof of concept.Thread continues below. https://t.co/upg15Vxmhz
— Belly Jelly (@TheSmcelrea) June 26, 2022
Belly menyatakan beliau menaik taraf peranti Steam Deck beliau hanya sekadar mencuba sahaja dan sangat bersetuju dengan kenyataan yang dibuat dalam ciapan Lawrence itu.
Tambahan lagi, Belly menyatakan bahawa pengguna boleh melakukan naik taraf sendiri tetapi sebarang risiko harus ditanggung sendiri.
I am not too worried about the charging IC itself as the thermal pad there is still making contact just fine, nothing about that area was directly affected by the mod. The ssd itself is also pretty low power model so again I am not too concerned about that.
— Belly Jelly (@TheSmcelrea) June 26, 2022
Biarpun begitu, Belly turut menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah perubahan haba seperti yang didakwa Lawrence. Tambahan lagi, beliau menggunakan storan SSD yang menggunakan kuasa yang rendah berbanding biasa.
Sumber: PC Gamer