Tidak seperti dulu, iMac 2021 hanya ditawarkan dengan skrin Retina 4.5K yang bersaiz 24 inci sahaja.
Apple juga kini mula beralih sepenuhnya kepada cip pemprosesan mereka sendiri iaitu M1 dalam semua barisan iMac terbaru kali ini.
Malah Apple juga melakukan perubahan besar ke atas rekaan iMac 2021 dengan menjadikannya lebih nipis dan lebih moden.

Warna iMac juga kini hadir dalam pilihan 7 warna yang sangat menarik iaitu hijau, kuning, orange, pink, ungu, biru, dan silver.
Selain itu, pembaharuan lain yang terdapat pada iMac 2021 adalah turut dimuatkan ciri Touch ID pada papan kekunci Apple.
Tidak setakat itu, Apple juga menaik taraf kamera FaceTime HD iMac kepada kualiti 1080p, mikrofon yang lebih baik serta kualiti pembesar suara iMac yang lebih bermutu.

Sebanyak 3 model iMac 2021 ditawarkan iaitu yang berharga dari RM5,599.00, RM6,449.00 dan RM7,249.00. Kesemua model iMac ini didatangkan bersama perkakasan papan kekunci Magic Keyboard, tetikus Magic Mouse dan tersedia dengan sistem operasi macOS Big Sur.
Untuk spesifikasi penuh iMac 2021 ini, anda boleh layari laman rasmi Apple Malaysia.
Berkaitan
- Apple Beri Amaran, Aktifkan Ciri iOS 16 Ini 'Mungkin' Akan Cepat Habiskan Bateri iPhone
- Apple Melancarkan Program Penggantian Bateri Percuma Untuk Pemilik Macbook Pro 15"
- Apple Watch Ditemui Masih Berfungsi Selepas Hilang 6 Bulan Di Laut
- Apple Disaman Lagi Berkaitan Isu Prestasi Dan Pepijat Bateri iPhone
- Apple Melepaskan Versi Terbaru macOS Catalina Kepada Semua Pengguna Mac Hari Ini
- Apple Jatuh Satu Anak Tangga Dalam Kedudukan Fortune 500 2020
- Menteri Persoal Bagaimana Mentega Terbang Lepas Ditayangkan Pada 2021
- Kemas Kini Pertama Untuk Pengguna Windows 10 Pada Tahun 2021
- Apple Menghasilkan Topeng Muka "Mask Pro"?
- Penggodam Muda Dipenjara Selepas Menyamar Sebagai Mafia Bagi Mengugut Dan Meminta Apple Membayarnya Sebanyak USD100 Ribu